SANDAKAN: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan melawat Sabah dan Sarawak secara bergilir setiap bulan untuk mendapatkan maklumat dan meninjau status kemudahan sukan di negeri berkenaan.
Menurutnya, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau mahu KBS turut menjalinkan kerjasama erat dengan Sabah dan Sarawak.
"Saya telah memberikan komitmen setiap bulan, akan melawat sama ada Sarawak atau Sabah.
"Ini bermaksud dalam satu tahun, enam kali saya akan datang ke Sabah, enam kali saya akan datang ke Sarawak untuk melihat sendiri perkembangan fasiliti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada kejohanan ragbi Borneo Sevens 2023 di sini pada Ahad.
Beliau berkata antara langkah yang sedang dilakukan KBS ialah menaik taraf kemudahan sukan negeri bagi pasukan bertaraf kebangsaan.
Justeru, katanya kementerian meminta setiap kerajaan negeri memilih satu stadium sukan untuk dinaik taraf dan KBS akan memberikan geran bagi penanaman rumput yang sesuai untuk pertandingan bertaraf antarabangsa dan kemudahan itu akan diselenggara oleh kerajaan negeri.
Menurutnya KBS juga memulakan usaha geran padanan bagi penganjuran sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa yang sedang dibahaskan di Parlimen.
Pada kejohanan Borneo Sevens selama tiga hari berakhir Ahad, pasukan kategori lelaki Borneo Eagles, yang diasaskan di Sandakan, muncul juara buat kali ketujuh selepas mengalahkan Hong Kong China Dragons 17-12.
Borneo Eagles dinobatkan juara kejohanan itu pada 2004, 2007, 2015, 2016, 2017 dan 2019.
Bagi kategori wanita, pasukan Eagles NZ 7s, yang juga diasaskan di Sandakan, muncul juara selepas menumbangkan Kazakhstan Rugby 22-10.
Juara kategori lelaki dan wanita masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000 dan trofi, sementara pemenang tempat kedua masing-masing pulang dengan hadiah wang tunai US$2,500 dan trofi, yang disampaikan oleh Yeoh.
Seramai 16 pasukan bertanding pada kejohanan itu selepas tiga tahun ia tidak dianjurkan susulan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023
Hannah (tengah) menyampaikan hadiah Kejohanan Ragbi Borneo Sevens kepada pasukan Borneo Eagles yang menjuarai kejohanan ragbi Borneo Sevens 2023 pada Ahad. - Foto BERNAMA
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia
Empat atlet profesional negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 telah diberikan geran bantuan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris - Hannah
Hannah berkata terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung kepimpinannya di KBS dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin.
KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau kemajuan projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) FAM.
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.
Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara
Kementerian Belia dan Sukan bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara.
Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia
Diiktiraf Malaysia Book of Records, perkuat usaha melegitimasi e-sukan sebagai sejenis sukan sebenar.
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjadikan kemudahan sukan lebih mudah diakses oleh orang ramai.
Hannah mahu pastikan Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi
Menteri Belia dan Sukan mahu memastikan pemain bola sepak Mohamad Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi.
Syarat penyertaan minimum SUKMA dikaji semula - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula syarat penyertaan minimum bagi acara yang dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).