KUALA LUMPUR: Penguasaan beregu campuran China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong sukar digugat selepas berjaya mempertahankan gelaran Masters Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Selepas menjuarai Terbuka Malaysia, minggu lalu, pasangan pilihan kedua kejohanan ini meneruskan momentum memburu gelaran keenam musim ini dengan mengalahkan gandingan bukan pilihan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari, 21-17, 21-12 dalam tempoh hanya 32 minit.
Apa yang lebih menarik, kejayaan hari ini adalah keenam sejak Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Mei lalu, diikuti Terbuka Thailand, Masters Indonesia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia.
Si Wei berkongsi resipi kejayaan mereka ialah tidak memikirkan untuk menang dalam setiap perlawanan agar tidak mengundang tekanan besar kepada mereka.
"Selain tumpuan kepada satu demi satu perlawanan, kami juga perlu menjaga pemakanan dan berehat secukupnya," katanya kepada pemberita selepas aksi final itu.
Sementara itu, dalam aksi final beregu lelaki, mempertemukan wakil Indonesia, pilihan keenam kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menewaskan gandingan senior, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 21-12, 21-19.
Fajar gembira pengorbanan tidak dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga ternyata berbaloi selepas mengulangi pencapaian 2018.
"Saya sedih sekali tidak dapat menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini bersama keluarga di Indonesia namun kami punya tanggungjawab untuk harumkan nama negara kami di sini," katanya.
Ini merupakan gelaran kedua Indonesia pada kejohanan itu selepas gelaran juara perseroangan lelaki menjadi milik Chico Aura Dwi Wardoyo selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus, 22-20, 21-15.
Dalam pada itu, China turut membawa gelaran kedua di pentas final menerusi beregu wanita nombor satu dunia dan pilihan utama kejohanan, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila,dengan mudah menewaskan gandingan Jepun, ami Matsuyama-Chiharu Shida, 21-11, 21-12.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022
Kejayaan hari ini adalah keenam sejak Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Mei lalu, diikuti Terbuka Thailand, Masters Indonesia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia. - Bernama
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemenangan tipis kembalikan Arsenal ke tangga kedua
Kemenangan itu turut menyaksikan Arsenal kembali ke tangga kedua liga dengan enam mata di belakang Liverpool.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Masters Malaysia: Lee Zii Jia terkilan gagal peraga aksi terbaik
Dia kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu.
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Rexy kecewa prestasi Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee wei di Masters Malaysia 2024
Rexy Mainaky, kecewa apabila dua beregu negara yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan, tidak memanfaatkan peluang itu untuk merebut gelaran Masters Malaysia.
Soon Huat-Shevon idam gelaran Masters Malaysia sebagai hadiah perkahwinan
Pada pusingan separuh akhir semalam, beregu di ranking ke-18 dunia itu mudah menumpaskan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Arif-Roy King teruskan aksi cemerlang pada Masters Malaysia
Beregu ranking ke-47 dunia itu berjaya menundukkan pasangan ke-18 dunia dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-18, 14-21, 21-18.
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Wei Chong-Kai Wun ada peluang ke Olimpik Paris - Bin Shen
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang merebut slot Sukan Olimpik 2024 sekiranya mampu mengekalkan prestasi di Masters Malaysia 2023.
Jurulatih kagum kekentalan Pearly-Thinaah di Masters Malaysia
Semangat juang yang tinggi tetap diperagakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu.
Prannoy raih gelaran sulung jelajah dunia
Pemain perseorangan lelaki India H.S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.