KUALA LUMPUR: Penyandang jaguh Olimpik, Viktor Axelsen mengatasi sokongan padu tuan rumah serta pemain nombor satu negara Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran kedua pada aksi final Masters Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil di sini semalam.
Axelsen, pemain nombor satu dunia mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23, sekali gus mengulangi pencapaian pada edisi 2018.
Kemenangan itu juga membantu pemain Denmark itu merangkul gelaran pertama tahun ini serta menamatkan kemarau gelaran selama lima bulan selepas kali terakhir memenangi kejuaraan siri Jelajah Akhir Dunia 2023 di Hangzhou, China pada Disember tahun lalu.
Penantian Zii Jia untuk merangkul kejuaraan sulung di laman sendiri berlarutan serta gagal .dalam misi untuk merangkul gelaran kedua berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Thailand, Ahad lalu.
Pencapaian terbaik Zii Jia dalam Malaysia Masters ialah penampilan separuh akhir pada 2020 apabila tewas kepada juara Kento Momota dari Jepun manakala mara ke suku akhir pada 2019.
Setelah melebarkan rekod kemenangannya menentang Zii Jia kepada tujuh dalam 10 perlawanan, Axelsen mengakui bekas juara All England itu dan penyokong tuan rumah yang partisan meletakkannya di bawah banyak tekanan.
"Saya rasa Zii Jia mungkin sedikit letih selepas bermain banyak perlawanan sejak dua minggu lalu, tetapi saya masih fikir dia bermain dengan hebat. Hanya pada bahagian kedua set ketiga, saya merasakan dia mungkin relax seketika.
"Saya menampil permainan hebat walaupun bukan mudah untuk bermain dengan seluruh Malaysia menentang anda. Saya berasa sangat baik dari segi fizikal, semuanya kelihatan agak baik menjelang Sukan Olimpik.
"Buat masa ini, saya tidak mahu melihat terlalu jauh ke hadapan. Saya tidak mahu memikirkan minggu depan. Saya hanya mahu menikmati kemenangan ini dan pulih sebelum meneruskan dari sana,"katanya selepas majlis penyampaian hadiah.
Selaku juara, Axelsen membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$31,500 (RM148,191) manakala Zii Jia yang terpaksa berpuas hati dengan naib juara US$15,960 (RM75,083).
Sementara itu, Zii Jia berkata bermain 10 perlawanan dalam masa dua minggu di Terbuka Thailand dan Masters Malaysia telah banyak mengajarnya dan membantunya mendapat lebih banyak pendedahan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini
"Saya masih di landasan untuk mencari prestasi terbaik... perlu terus menilai peningkatan dan masih cuba mencari versi terbaik diri saya... Saya ada tiga lagi kejohanan untuk diuji (sebelum Paris).
"Walaupun berada dalam keadaan cergas, ia belum tentu boleh menang lagi kerana Axelsen seorang pemain hebat. Saya memberikan yang terbaik ...sudah tentu sedih," katanya.
Kali terakhir wakil perseorangan lelaki negara muncul juara di Masters Malaysia adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2016.
Terdahulu, pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen merangkul kejuaraan beregu lelaki selepas menewaskan Jin Yong-Na Sung Seung dari Korea Selatan 21-18, 21-14 pada aksi final.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Selaku juara, Axelsen membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$31,500 (RM148,191). --fotoBERNAMA
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Masters Malaysia: Zii Jia, Axelsen buat perhitungan di final
Zii Jia berdepan tugas berat pada perlawanan akhir esok apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia Denmark, Viktor Axelsen.
Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.
All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.
Chong Wei sekat Axelsen ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mudah menyekat laluan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk meneruskan saingan ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di sini, malam ini.