KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao semakin hampir untuk menamatkan kemarau kemenangannya selama setahun selepas mengesahkan slot di separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur (KL) 2023.
Dalam saingan suku akhir di Stadium Titiwangsa semalam, juara remaja Asia 2017 itu mengetepikan juara remaja dunia 2022 Kuo Kuan Lin dari Taiwan 21-16, 21-15 untuk berdepan wakil Korea Selatan Choi Ji Hoon yang menundukkan pilihan kelapan Sameer Verma dari India 21-9, 21-13.
"Saya memang buat persiapan terbaik untuk perlawanan hari ini, bagus dapat menang dalam straight set. Saya fokus mata ke mata dan mahu elakkan kesilapan.
"Sasaran awal saya adalah separuh akhir, kini ia dah tercapai, saya nak pergi jauh untuk menang gelaran ini di hadapan peminat tanah air. Dua pusingan masih jauh lagi (untuk raih gelaran), saya kena teruskan fokus," kata pemain di ranking ke-43 dunia itu.
Kali terakhir Jun Hao meraih gelaran juara adalah pada Masters Indonesia 2022, mengalahkan rakan senegara Cheam June Wei di Malang, Indonesia.
Juara Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023, Aidil Sholeh Ali Sadikin turut mengiringi Jun Hao ke separuh akhir selepas menyingkirkan Jason Teh Jia Heng dari Singapura 21-8, 5-21, 21-13.
Bagaimanapun, Aidil Sholeh berdepan saingan getir apabila berentap dengan pilihan utama Lee Chia Hai dari Taiwan, yang sebelum itu menewaskan Jason Gunawan dari Hong Kong 21-16, 21-17.
"Pada set kedua tadi saya hilang rentak dan fokus, namun berjaya bangkit pada set penentuan. Esok saya akan turun tanpa sebarang tekanan, jadi akan berikan yang terbaik," katanya.
Terdahulu, beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Cheah Yee See menang percuma selepas pasangan Taiwan, Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun menarik diri akibat kecederaan.
Wakil negara itu akan berdepan satu lagi wakil Taiwan, Chen Zhi Ray-Yang Ching Tun.
Turut ke separuh akhir, gandingan Choong Hon Jian-Goh Pei Kee yang mengetepikan Tanupat Viriyangkura-Alisa Sapniti dari Thailand 21-11, 21-12, untuk bertemu Pakkapon Teerarasakul-Phataimas Muenwong juga dari Thailand.
Nasib berbeza buat wakil perseorangan wanita negara K Letshanaa apabila terkandas di suku akhir selepas tewas kepada Kim Joo Eun dari Korea Selatan 31-21, 21-16, 12-21.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
Aksi Jun Hao ketika menentang pemain Chinese Taipei Kuo Kuan Lin pada Kejohanan Badminton KL Masters Malaysia Super 100 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, 3 Nov 2023. --fotoBERNAMA
Aceh berterima kasih kepada dunia
Aceh berterima kasih dan menghulurkan tangan penghargaan kepada warga global dan penderma yang bermurah hati membantu dalam proses pembangunan semula wilayah itu pasca gempa dan tsunami 2004.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Masters KL: Jun Hao singkir juara remaja dunia
Juara remaja Asia 2017 itu mengetepikan juara remaja dunia 2022 Kuo Kuan Lin dari Taiwan 21-16, 21-15.