KUALA LUMPUR: Kempen pemain badminton perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia di Masters Indonesia berakhir hari ini selepas beliau menarik diri pada pusingan pertama akibat kecederaan belakangnya.
Pemain berusia 23 tahun yang dibenarkan bermain pada acara Jelajah Dunia BWF Super 750, memutuskan untuk menarik diri pada ketika ketinggalan 9-11 dalam perlawanan menentang pemain Denmark Rasmus Gemke, pada perlawanan pusingan pembukaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua.
Pemain nombor tujuh dunia itu sebelum ini berhenti daripada permainan pada perlawanan akhir Terbuka Hylo di Jerman pada 7 Nov, ketika perlawanan berkedudukan 21-19, 13-21 dan 12-17 berhadapan pemain Singapura kelahiran Pulau Pinang, Loh Kean Yew.
"Pinggang Zii Jia masih belum sembuh sepenuhnya dan dia masih merasai kesakitan, kita tidak akan paksa Zii Jia untuk terus bermain. Kita akan terus pantau keadaan Zii Jia, kerana masih ada kejohanan minggu hadapan," kata ketua jurulatih perseorangan negara Hendrawan.
Zii Jia berkata, beliau telah cuba untuk bermain walaupun mengalami kecederaan, namun terpaksa berhenti disebabkan kesakitan.
"Memang kecederaan saya pun belum sembuh sepenuhnya, tapi tadi saya sudah cuba, kemudian memang masih sakit lagi. Saya rasa bukan sahaja kecederaan belakang ini, tapi badan saya pun sangat letih, mungkin ada lain-lain bahagian yang ada kecederaan," katanya kepada RTM.
Juara All England itu berkata, dengan lebih banyak kejohanan seperti Terbuka Indonesia (23-28 Nov) dan Final BWF Dunia (1-5 Dis), beliau akan membuat keputusan mengenai penyertaannya kemudian.
Sementara itu pemenang pingat perak beregu campuran Olimpik Rio 2016 pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sekali lagi terkeluar pada pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan Jerman Jones Ralfy Jansen-Linda Efler pada pusingan pertama.
Pasangan nombor lapan dunia itu juga tewas pada pusingan pertama di Terbuka Hylo dan Terbuka Denmark, selain pada peringkat suku akhir Terbuka Perancis dalam tempoh beberapa minggu.
Lain-lain keputusan (pemain Malaysia kecuali dinyatakan):
Beregu Lelaki:
Lucas Corvee-Ronan Labar (FRA) mn Goh V Shem-Low Juan Shen 21-18, 21-18
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (IND) 21-17, 21-15
Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani (INA) mn Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong 13-21, 21-14, 21-17
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mn Kang Minhyuk-Seo Seungjae 21-10, 21-17
Beregu Wanita:
Linda Efler-Isabel Lohau (GER) mn Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen 21-19, 21-19
Beregu Campuran:
Hoo Pang Ron-Cheah Yee Sea mn Yujiro Nishikawa-Saori Ozaki (JPN) 5-2 (tarik diri)
Cheng Tang Jie-Peck Yen Wei mn Seo Seungjae-Kim Hye Jeong (KOR) 21-17, 21-13
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Kempen pemain badminton perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia di Masters Indonesia berakhir hari ini selepas beliau menarik diri pada pusingan pertama akibat kecederaan belakangnya. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Final Jelajah Dunia: Aaron-Wooi Yik berputih mata terlepas slot
Hanya lapan beregu terbaik ranking Jelajah Dunia akan tersenarai, sementara wakil negara itu menghuni tangga kesembilan.

Masters Indonesia: Kecederaan belakang paksa Zii Jia tarik diri
Kempen pemain badminton perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia di Masters Indonesia berakhir hari ini selepas beliau menarik diri pada pusingan pertama akibat kecederaan belakangnya.