Itu tegas pemain berdarah kacukan negara, Brendan Gan, yang diketahui umum terpaksa meninggalkan anak lelakinya, Koa Brooklyn Gan, yang baru dua hari dilahirkan demi menyahut panggilan skuad negara.
Selesai tugasan getir untuk negara yang berakhir dengan kejayaan manis, Brendan sudah tidak sabar kembali ke Australia untuk bersama dengan keluarga kecilnya.
"Saya perlu membantu isteri menguruskan keperluan harian. Ia sesuatu yang sangat mengujakan."
Brendan mengakui dia seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan, saat seperti ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan apatah lagi mereka kini sudah ada Koa.
Penampilan pemain itu mendapat pujian selepas cemerlang membantu Malaysia mencetak kemenangan ke atas Thailand diikuti rentak konsisten Malaysia mencetak tuga mata ke atas Indonesia semalam.
Brendan tersisih selama dua tahun daripada skuad negara ekoran kecederaan panjang, dan kembali mendapat tempat bersama skuad Tan Cheng Hoe bermula dengan penampilan dalam aksi persahabatan bertemu Tajikistan. - Oleh Fina Nasrom