SEBANYAK 53 gol dihasilkan dalam 24 perlawanan peringkat kumpulan Copa America 2024 yang berakhir pada Rabu.
Meskipun Uruguay paling produktif dengan sembilan gol, namun pemain yang mengetuai senarai penjaring terbanyak kejohanan sekali gus berpotensi merebut anugerah Kasut Emas ialah penyerang Argentina, Lautaro Martinez.
Penyerang Inter Milan itu sudah menjaringkan empat gol setakat ini.
Martinez berpeluang menambah koleksi golnya apabila Argentina turun berdepan Ecuador dalam perlawanan suku akhir pada Jumaat ini.
Pun begitu, terdapat enam pemain yang mampu mencabar Martinez dan kesemuanya mengumpul dua gol.
Pemain tersebut ialah ayam tambatan Brazil, Vinicius Junior; penyerang sensasi Uruguay, Darwin Nunez; Mathias Vina (Uruguay), Max Araujo (Uruguay) serta Salomon Rondon dan Eduard Bello yang kedua-dua menyumbat gol buat Venezuela.
Pada edisi 2021 di Brazil, penyerang Argentina, Lionel Messi meraih Kasut Emas selepas menyumbat empat gol dalam kejohanan tersebut.
Lebih manis, Messi memainkan peranan penting membantu pasukannya meraih gelaran juara menewaskan Brazil 1-0 di perlawanan akhir. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 04 2024

Aksi Lautaro Martinez meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua Argentina ketika perlawanan Copa America 2024 Kumpulan A antara Argentina dan Peru di Stadium Hard Rock, Miami, Florida, Amerika Syarikat, 29 Jun 2024. - REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Martinez hampiri gelaran Kasut Emas
Meskipun Uruguay paling produktif dengan sembilan gol, namun pemain yang mengetuai senarai penjaring terbanyak ialah Lautaro Martinez.

EPL: Son Heung-min rasa lebih tekanan, tumpuan selepas menang Kasut Emas
Son menjaringkan 23 gol liga buat Spurs dalam kempen 2021-22 untuk menamatkannya selaku penjaring terbanyak bersama Mohamed Salah.

Piala Dunia Qatar: Wira bertopeng Korea tidak bimbangkan Rochet
Rochet bersedia untuk bersemuka dengan penyerang Tottenham itu apabila Uruguay memulakan kempen Qatar 2022 mereka Khamis ini.

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Sultan Selangor beli Kasut Emas Khalid Jamlus
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

Khalid Jamlus jual Kasut Emas RM99,999
Teka-teki mengenai siapa pemilik baharu trofi Kasut Emas bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus akhirnya terjawab apabila ia sah menjadi milik seorang individu dari Selangor.

Ketepi penyakit demi bantu Selangor raih treble - Jamsari
Selangor dikatakan mungkir janji, terbit harapan yang disuarakan Jamsari andai pengurusan baru Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sudi untuk bertemu muka.

Salah rangkul Pemain Terbaik Afrika buat kali kedua
Pemain berusia 26 tahun itu mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017-18 selaku pemenang Kasut Emas dengan 32 gol.

But Salah jadi pameran di Muzium British
Lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memasuki kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini sebentar tadi.

Salah tidak berdepan hukuman
Salah mungkin berdepan penggantungan tiga perlawanan selepas dilihat menghayunkan tangan ke arah Martins Indi ketika bersaing merebut bola lontaran ke dalam.