BEKAS penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.
Bekas pemain Perak itu menarik perhatian ramai pada pertengahan tahun lalu apabila terpaksa melepaskan koleksi kesayangannya sepanjang mengecapi gemilang karier sebagai pemain termasuk trofi Kasut Emas yang dimenanginya pada 2002 demi kelangsungan hidup.
Walaupun mempunyai beberapa tawaran sebagai jurulatih, dia menolaknya atas faktor peribadi dan kini kembali ke bidang masakan dan segalanya bermula selepas dia melintasi sebuah tapak gerai di Lepak Court, Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat, Ogos lalu.
BACA: Khalid Jamlus jual Kasut Emas RM99,999
"Selepas saya menjual barangan legasi dan sentimental (dalam karier bola sepak) dan selepas tiga tahun tidak berkerja, saya gunakan (hasil penjualan koleksi peribadinya) untuk membayar hutang dan buat modal," katanya kepada wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, hari ini.
Selain daging salai yang sinonim dengan keluarganya, Khalid turut menyediakan menu seperti set siakap dan ayam goreng kampung.
"Saya memilih menu daging salai sebab ayah dan keluarga orang rumah saya berasal dari Negeri Sembilan," katanya lagi.
Impiannya kini ialah untuk mengukuhkan sebelum melebarkan perniagaannya.
"Saya nak masyhurkan tapak ini.
"Saya nak naikkan suasana kemeriahannya dan menambah cawangan, Insya-Allah."
Astro Arena
Sun Jan 24 2021

Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak. - Foto Astro Arena
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Legenda Liverpool St John meninggal dunia pada usia 82 tahun
St John merupakan salah sorang pemain bintang ketika era Bill Shankly di Anfield.

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.