Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baharu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengumumkan bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Mario Gomez akan menggantikan Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih bola sepak negara.

Tunku Mahkota Johor itu turut mengumumkan bahawa Kim Swee akan dipindahkan untuk mengendalikan skuad bola sepak bawah 23 tahun.

Perkara tersebut diumumkan pada satu sidang media pada Sabtu.


Tunku Ismail sah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya.