Mambang Di Awan sekali lagi menjadi juara bagi divisyen amatur pada masa sama mengekalkan kemenangan buat kali kedua lantas menempah kedudukan bagi mewakili Malaysia di Perth NXL.
Dua pusingan lagi bakal berlangsung sebelum pemenang sebenar diketahui.

Pasukan NL Draco menundukkan Duckside Aisawan 3-0 pada pusingan (Open Divisyen) sekaligus menjadi naib juara diikuti Raskal Malaysia di tempat ketiga dan MWB di tempat keempat.
Saingan sengit bakal berdepan keempat-empat pasukan pada peringkat akhir nanti untuk menentukan kumpulan mana yang bakal mewakili Malaysia di Perth, Australia hujung tahun ini.

Pasukan Lucifer dari Kuala Lumpur pula menjadi juara (Novice Divisyen) selepas bersaing sengit dengan pasukan dari Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor bagi mengungguli gelaran itu.
