IPOH: Pelajar perempuan, Humaira Ahmad Fauzi, 14, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Desa Klebang Perdana, Chemor di sini, Ahad lepas, ditemukan selamat di Pontian, Johor hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian bahawa Humaira dijumpai bersendirian di Masjid Bandar Pontian kira-kira 5 petang tadi.
"Ibu bapa Humaira juga berada di sana (Pontian) sekarang bersama pihak polis Pontian. Siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dilakukan," katanya ringkas kepada Bernama.
Terdahulu, Mior Faridalathrash dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan kehilangan remaja itu daripada bapanya, Ahmad Fauzi Ibrahim kira-kira 3 petang, Ahad lepas di Balai Polis Chemor.
Kakak pelajar tersebut, Sabrina, 24, dilaporkan berkata adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau kelakuan pelik kecuali memakai stoking pada pagi kehilangannya atas alasan mengelak sejuk sebelum keluar rumah.
Humaira yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik sepatutnya pulang semula ke asrama sekolahnya di Simpang Empat, Semanggol pada Ahad, selepas selesai menjalani kuarantin kendiri di rumahnya akibat dijangkiti COVID-19.
Kisah kehilangan Humaira turut tular menerusi media sosial dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya meminta jasa baik netizen supaya melaporkan kepada mereka jika menjumpai remaja itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Pelajar perempuan, Humaira Ahmad Fauzi, 14, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Desa Klebang Perdana, Chemor di sini, Ahad lepas, ditemukan selamat di Pontian, Johor hari ini. - Foto Sinar Harian

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes buli babit pelajar sekolah di Kerian selesai - Exco
Kes itu selesai selepas kedua-dua pihak bersepakat dan mangsa telah menarik semula laporan polis yang dibuat Selasa lalu.

Kes buli pelajar perempuan: Polis rakam keterangan tujuh remaja
Seramai tujuh individu telah diambil keterangan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.

Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024
Kementerian Kesihatan akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025,

Lebih 20 pelajar perempuan keracunan makanan
Lebih 20 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu keracunan makanan selepas menyertai satu program kepimpinan di sekolah.

Selepas 125 tahun, SK St Paul terima pelajar perempuan
Mahadevan berkata, ia merupakan inisiatif yang ingin dilakukan sekian lama berikutan kekurangan murid sejak lima tahun lepas.

820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 tercicir imunisasi HPV
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses perolehan vaksin bagi meneruskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada 820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1.

Rogol: Lima termasuk dua pelajar sekolah ditahan
Seorang pelajar perempuan berdepan detik hitam selepas dirogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Telok Panglima Garang, di sini pada 29 Julai lalu.

77 pelajar sekolah rendah perempuan keracunan di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 77 pelajar sekolah rendah perempuan di daerah Sancharak, wilayah utara Sari Pul di Afghanistan menjadi mangsa keracunan pada Ahad.