IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat melancarkan program Masjid Angkat Maybank Islamic dan penyerahan wakalah zakat Maybank di Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor.
Ketibaan Sultan Nazrin kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Sultan Nazrin kemudian berkenan menunaikan solat sunat dua rakaat dan seterusnya melancarkan program tersebut dalam suasana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Baginda berkenan menyaksikan penyerahan replika cek wakalah zakat Maybank Islamic berjumlah RM98,923.76 daripada Ahli Lembaga Pengarah Maybank Islamic Dali Sardar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Sharul Azam Shaari.
Sumbangan yang disampaikan melalui 19 masjid terpilih itu antara lain bagi membantu para pelajar daripada golongan asnaf yang kurang berkemampuan di sekitar negeri Perak.
Program Masjid Angkat Maybank Islamic merupakan inisiatif untuk merealisasikan transaksi tanpa tunai di masjid-masjid negeri Perak menggunakan aplikasi Maybank QR Pay bagi tujuan infak atau derma kepada masjid berkenaan.
Di bawah inisiatif ini, setiap cawangan Maybank di negeri Perak akan bekerjasama dengan pihak masjid di sekitar cawangan bank tersebut bagi membantu proses pendaftaran serta menyediakan kod QR untuk dipaparkan di sekitar masjid dan setakat ini sebanyak 21 masjid telah menyertainya.
Sultan Nazrin kemudian menyertai ratusan jemaah lain untuk mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan Imam Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor Mohd Najib Arsyad bertajuk 'Berwaspada Sewaktu Memberi dan Mengutip Derma'.
Jemaah antara lain diingatkan supaya bersedekah kerana ia amalan mulia dengan pahala berlipat ganda namun perlu berhati-hati kerana wujud pihak yang membuat penipuan dengan menggunakan kanak-kanak dan warga emas kononnya membina masjid dan lain-lain lagi selain menggunakan nama persatuan kebajikan bagi membuat rayuan.
"Ini akan menyebabkan kutipan derma tidak sampai ke pihaknya seperti anak yatim. Ini adalah perbuatan tercela dan berdosa. Salah guna kutipan derma dijanjikan neraka kelak," pesan Mohd Najib.
Usai solat Jumaat, Sultan Nazrin kemudian sempat bertegur sapa dengan beberapa jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid kira-kira pukul 1.50 tengah hari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Sultan Nazrin (dua,kiri) pada pelancaran program Masjid Angkat Maybank Islamic dan penyerahan wakalah zakat Maybank di Masjid Jamek Medan Klebang Restu hari ini. - Foto BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3 juta, bayar zakat fitrah
Sultan Perak berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3,064,237.08 juta daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sultan Nazrin zahir ucapan tahniah kepada menteri, warga KPKT atas prestasi cemerlang
Sultan Perak berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Istana Perak Changkat pada Khamis.

Kepincangan masyarakat, penyakit sosial berlaku kerana manusia hilang adab - Sultan Perak
Kepincangan yang sedang melanda dunia hari ini bukti sekadar memiliki undang-undang dan perundangan, tidak membawa sebarang makna.

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.

Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.