BANGKOK: Satu lagi kekalahan. Satu lagi penyingkiran pada peringkat kumpulan.
Cabaran Malaysia pada Piala Uber 2022 berakhir selepas mereka ditunjukkan jalan keluar awal oleh tuan rumah, Thailand, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan kedua Kumpulan C di Impact Arena, di sini hari ini.
Walaupun membuat beberapa 'kejutan' dalam skuad selepas mereka tewas kepada Denmark 2-3 pada perlawanan pembukaan semalam, strategi itu ternyata gagal dan tidak cukup untuk Malaysia menghidupkan semula peluang untuk layak ke suku akhir.
Bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei yang mengantikan S. Kisona sebagai perseorangan pertama, bermula dengan baik dengan mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia Ratchanok Intanon 21-14, pada set yang pertama.
Bagaimanapun pemain berusia 22 tahun itu yang sebelum ini tewas dua kali kepada Intanon, hilang haluan pada dua set berikutnya dan tewas 14-21, 15-21 kepada lawannya itu.
Pemain dari Pulau Pinang itu ketika ditemui selepas perlawanan menyatakan yang beliau gagal membalas kepercayaan yang diberikan pasukan kejurulatihan, yang meletakkan beliau sebagai peseorangan pertama hari ini, berikutan tewas kepada Intanon.
"Prestasi saya masih jauh dari semua aspek berbanding Intanon. Beliau amat pantas dan fleksibel dalam gelanggang," kata pemain nombor 80 dunia, yang mahu cuba meningkatkan lagi rangking dunia beliau dalam masa terdekat.
Pasangan beregu nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah memberikan sedikit kegembiraan untuk Malaysia selepas mereka kembali untuk menang, selepas tewas set pertama 16-21 kepada pasangan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.
Pearly-Thinaah, pasangan ke-11 dunia, meningkatkan permainan dalam dua lagi set dan menang 21-19, 21-17 untuk menyamakan kedudukan Malaysia.
Thinaah ketika bercakap mengenai prestasi mereka, gembira untuk melihat rancangan mereka berjalan dengan baik pada perlawanan itu, dan gembira kerana dapat memberikan satu mata kepada Malaysia pada perlawanan yang berlangsung sehingga 71 minit.
Bagaimanapun perlawanan seterusnya, Juara Siri Antarabangsa Belanda Myisha Mohd Khairul walaupun bermain dengan baik pada set pertama, tewas 20-22 kepada Pornpawee Chochuwong.
Namun Myisha, 19, gagal mengulangi permainan baik pada set pertama, dan tewas mudah 10-21 kepada Pornpawee, dan memberikan mata kedua untuk Thailand.
Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard memberikan mata kemenangan kepada Thailand pada perlawanan keempat dengan mengalahkan pasangan Valeree Siow-Teoh Mei Xing, 21-9, 21-14.
Pada perlawanan kelima, walaupun Busanan Ongbamrungphan berhadapan tentangan daripada pemain muda negara Tan Zhing Yi, apabila menang dengan mata 21-19, namun dengan mudah menang pada set kedua 21-6 dan memberikan kemenangan 4-1 kepada Thailand.
Ini merupakan kemenangan kedua untuk Thailand selepas mereka mengalahkan Mesir 5-0 pada perlawanan pertama mereka, semalam.
Walaupun telah terkeluar, Malaysia yang kali terakhir layak ke pusingan lapan terbaik pada edisi 2010, akan bermain dalam perlawanan terakhir kumpulan dengan bertemu Mesir, esok.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Denmark juga melayakkan diri ke suku akhir selepas mereka mengalahkan Mesir 5-0.
Keputusan lain
--------------------
Piala Thomas:
China mn Perancis 5-0
Denmark mn Algeria 5-0
Taiwan mn Jerman 5-0
India mn Kanada 5-0
TAG: piala uber, malaysia, thailand, bangkok, goh jin wei
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
![Malaysia ucap selamat tinggal pada Piala Uber 2022 Malaysia ucap selamat tinggal pada Piala Uber 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652111510_ChockuwongPornpawee.jpg)
Reaksi Myisha Mohd Khairul ketika tewas kepada pemain dari Thailand Chockuwong Pornpawee pada Kejohanan Piala Uber di Stadium Impact Arena Bangkok hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan ambil kira pelbagai pandangan perkasa Ekonomi MADANI
Kerajaan akan terus memperkasakan Ekonomi MADANI dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan cadangan daripada semua pihak terutamanya dalam menaikkan siling untuk menjadikan negara sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia.
Malaysia sasar jadi kuasa AI global - Wilson
Kerajaan merebut peluang yang dibawakan oleh pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) dengan berusaha lebih giat untuk menjadikan negara sebagai kuasa AI global.
Khazanah Nasional selesai pengambilalihan MAVCAP, Penjana Kapital
Susulan pengambilalihan itu, MAVCAP dan Penjana Kapital kini merupakan anak syarikat milik sepenuhnya Khazanah.
Kos selenggara lapangan terbang meningkat 34 peratus pada 2024
Kos penyelenggaraan lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan meningkat kepada 34 peratus pada 2024.
Hutang negara AS mencecah rekod AS$35 trillion
Data baharu daripada Jabatan Perbendaharaan yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan bahawa hutang negara kasar mencecah AS$35 trillion.
TSS labur RM500,000 naik taraf bilik pameran baharu
Toshiba Sales & Services Sdn Bhd (TSS) melabur RM500,000 untuk menaik taraf bilik pameran baharu.
Jualan McDonald's jatuh buat pertama kali dalam 3 tahun
Inflasi berterusan memaksa pengguna berpendapatan rendah beralih kepada pilihan makanan yang lebih berpatutan.
![Hentikan isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina Hentikan isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722329810_FadhlinaSidek.jpg)
Hentikan isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina
Menteri Pendidikan meminta semua pihak menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.
Pantau Agenda Reformasi: Suruhanjaya Data Malaysia lindungi rakyat?
Ikuti ulasan Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK, Ts. Dr. Hadhrami Ab Ghani, mengenai cadangan kerajaan untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan menubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia bagi melindungi data pengguna.
![Kebenaran rayu penghakiman Jamal ditolak, perlu bayar Kok RM300,000 Kebenaran rayu penghakiman Jamal ditolak, perlu bayar Kok RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/71575012925_TBJAMALTERESA.jpg)
Kebenaran rayu penghakiman Jamal ditolak, perlu bayar Kok RM300,000
Hal itu susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan Jamal untuk kebenaran merayu penghakiman dalam saman libel yang difailkan Kok.
![Malaysia tegas pertahan kedaulatan Sabah dan kepentingan negara Malaysia tegas pertahan kedaulatan Sabah dan kepentingan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Malaysia tegas pertahan kedaulatan Sabah dan kepentingan negara
Wisma Putra menegaskan pendirian kerajaan bahawa Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia.
![Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243690_TBRAFIZI.jpg)
Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun.
![Rusia bincang mengenai keselamatan Eurasia dengan Malaysia Rusia bincang mengenai keselamatan Eurasia dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722232524_AnwarIbrahim.jpg)
Rusia bincang mengenai keselamatan Eurasia dengan Malaysia
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata bahawa beliau membincangkan cadangan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai keselamatan Eurasia dengan pemimpin Malaysia pada Ahad.
![Rusia puji pendirian Malaysia tidak berpihak berhubung isu Ukraine - Lavrov Rusia puji pendirian Malaysia tidak berpihak berhubung isu Ukraine - Lavrov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722232685_SergeyLavrov.jpg)
Rusia puji pendirian Malaysia tidak berpihak berhubung isu Ukraine - Lavrov
Rusia memuji pendirian Malaysia yang tidak berpihak terhadap konflik Ukraine, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Ahad.
![Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun - KKM Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722228414_MuhammadRadziAbuH.jpg)
Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun - KKM
Bagi kes Hepatitis C, beliau berkata jumlah keseluruhan adalah sebanyak 34,573 kes bagi tempoh sama.
![Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721816864_MohamadHasanMesy.jpg)
Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini
Kementerian Luar Malaysia dalam hantaran Facebooknya berkata Mohamad membuat seruan sedemikian semasa ARF ke-31 pada 27 Julai di Vientiane, Laos.
![Olimpik Paris 2024: Zii Jia mulakan kempen dengan tundukkan Viren Olimpik Paris 2024: Zii Jia mulakan kempen dengan tundukkan Viren](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722174575_LeeZiiJia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Zii Jia mulakan kempen dengan tundukkan Viren
Lee Zii Jia menundukkan pemain nombor 70 dunia Viren Nettasinghe dari Sri Lanka 21-14, 21-12 dalam perlawanan Kumpulan G.
![Rusia, Malaysia hasrat tingkatkan jumlah dagangan dua hala Rusia, Malaysia hasrat tingkatkan jumlah dagangan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722159495_AnwarIbrahim.jpg)
Rusia, Malaysia hasrat tingkatkan jumlah dagangan dua hala
Rusia dan Malaysia berhasrat untuk meningkatkan jumlah dagangan dua hala dan membangunkan kerjasama pelaburan, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Ahad.
![Malaysia terus perkukuh dialog, kerjasama dengan kepimpinan baharu UK Malaysia terus perkukuh dialog, kerjasama dengan kepimpinan baharu UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722156342_ASEAN.jpg)
Malaysia terus perkukuh dialog, kerjasama dengan kepimpinan baharu UK
Malaysia menyatakan harapannya untuk terus memperkukuh dialog dan kerjasama dengan United Kingdom (UK) di bawah kepimpinan baharu negara itu.
![Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12 Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722149183_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.