Kempen Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 seakan sudah hampir ke penghujung apabila tumpas 1-4 kepada Korea Utara pada perlawanan di Stadium i-mobile di Buriram, malam tadi.
Corak permainan Korea Utara ternyata lebih tersusun dan banyak menguasai perlawanan sebaik aksi dimulakan untuk menembusi benteng pertahanan Malaysia.
Anak buah Jorn Andersen memperoleh gol pertama pada minit ke-10 menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Fadhli Shas, yang diberi tugas selaku ketua pasukan Malaysia pada perlawanan malam ini, susulan serangan daripada pemain Korea Utara.
Pengadil Fahad Adwan Almirdasi dari Arab Saudi tidak teragak-agak memberi sepakan penalti kepada Korea Utara, dan dengan tenang disempurnakan Pak Kwang Ryong untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Hafizul Hakim.
Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia bangkit melancarkan serangan ke arah kubu lawan apabila Wan Zack Haikal membuat gerakan daripada tengah padang dan melepaskan rembatan, namun percubaannya tersasar.
Korea Utara memperoleh gol kedua pada minit ke-40 apabila Kim Yu Song menanduk masuk bola hasil sepakan percuma pemain tengah Ri Yong Jik, yang ternyata berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Malaysia melalui hantarannya yang tepat.
Sebaik permainan bersambung, Korea Utara terus menggandakan serangan dan berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-47 menerusi penyerang, Kim Yong IL.
Jong IL Kwan menyumbat masuk gol keempat Korea Utara pada minit ke-58 melalui sepakan percuma, sebelum Malaysia memperoleh gol sagu hati menerusi Safawi Rashid yang masuk menggantikan Wan Zack Haikal, pada minit ke-66.
Keputusan 4-1 memihak kepada Korea Utara itu kekal sehingga tamat permainan, dan perlawanan kedua melibatkan kedua-dua pasukan berkenaan akan berlangsung di stadium yang sama pada Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2017

Corak permainan Korea Utara ternyata lebih tersusun dan banyak menguasai perlawanan sebaik aksi dimulakan untuk menembusi benteng pertahanan Malaysia.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

ARRC: Hafizh Syahrin naik podium menjelang perebutan akhir kejuaraan di Buriram
Hafizh Syahrin melonjak ke tempat ketiga kategori Asia Superbike 1000cc (ABS1000) dengan catatan masa 25 minit 30.275 saat.

Quartararo duduki tempat kedua di GP Thailand
Pelumba kelahiran Perancis berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 39 minit 36.394 saat untuk berada di belakang Marc Marquez.