Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Golf Piala EurAsia yang pertama, yang dimodelkan dengan Piala Ryder iaitu acara berpasukan di mana benua Eropah menentang Asia.
Piala EurAsia, yang dikitiraf oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah, akan menampilkan 10 pemain terbaik masing-masing dari Eropah dan Asia pada saingan selama tiga hari di Glenmarie Golf & Country Club di sini pada 28 Mac 2014.
Professional Golf of Malaysia (PGM) dilantik oleh kerajaan untuk menyelaras kejohanan bernilai US$4 juta (RM12.8 juta) itu.
Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata acara itu dijangka disiarkan secara langsung di lebih 45 negara di seluruh dunia.
"Peranan saya sebagai penyelaras tempatan Piala EurAsia akan membantu Jelajah Eropah dan Jelajah Asia.
"Saya akan mengesyorkan dua atau tiga pemain Malaysia kepada ketua pasukan Asia untuk pertimbangan dan mungkin dipilih di bawah tiket wild card," katanya pada sidang media ketika mengumumkan kejohanan sulung itu di sini hari ini.
Ahmad Sarji berkata pengerusi Jelajah Asia, Kyi Hla Lan telah menawarkan kepadanya untuk menjadi tuan rumah pertandingan itu pada Februari 2011 sebagai pengiktirafan kepada kesungguhan dan minat Malaysia terhadap sukan itu serta mempunyai bilangan besar lapangan golf yang baik di negara ini.
Sementara itu, Pengarah Kanan EurASia Golf Ltd., Charlie Tingey berjanji akan membawa pemain utama Eropah ke pertandingan itu.
Beliau berkata pasukan Eropah itu akan dibarisi empat pemain utama kejohanan 'Race to Dubai' iaitu kejohanan penghujung musim, empat pemain terbaik dalam senarai ranking dunia dan dua slot 'wild card'.
"Bagi pasukan Asia pula, empat pemain terbaik dalam ranking Jelajah Asia, tiga terbaik daripada ranking dunia dan tiga slot wild card," kata Tingey.
Menurutnya kejohanan dwitahunan itu akan dihoskan secara bergilir antara negara Asia dan Eropah.
Konglomerat automatif negara DRB HICOM Berhad menjadi rakan kejohanan itu.
Bernama
Tue Aug 27 2013


Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi
Woods akan bergandingan dengan anaknya, Charlie, di Kejohanan PNC di Orlando hujung minggu ini.

JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.

Golf: Muhammad Afham tempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida
Atlet berusia 13 tahun itu menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.

Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.

SUKMA 2024: Wakil Sarawak Anson, Mirabel juara kejohanan golf
Anson Yeo Boon Xiang dan Mirabel Ting masing-masing dinobatkan juara bagi kategori lelaki dan wanita pada kejohanan golf SUKMA 2024.

Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024
Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay.

MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025
Senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa.

Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.

Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.

Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat
Akademi itu yang dikelolakan MSP akan 'bertapak' di Padang Golf Raub, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum tidak lama lagi.