KUALA LUMPUR: Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Malaysia sepatutnya menjadi tuan rumah kejohanan itu yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 Dis ini, namun terpaksa menolaknya susulan berdepan kekangan bagi menyediakan venue bersesuaian.
"Kita menghadapi masalah pada tahun ini apabila tidak ada stadium yang boleh digunakan untuk penganjuran kejohanan tersebut.
"Stadium di peringkat negeri yang kita harapkan semuanya di peringkat pembinaan kecuali stadium di Pahang, yang pada masa tersebut masih belum mendapat sijil penggunaan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk sukan itu di sini hari ini.
Dalam pada itu, Shahidan berkata pihaknya akan menghantar 44 atlet membabitkan 25 lelaki dan 19 wanita bagi menyertai kejohanan di Bangkok.
SUKAN-OLAHRAGA (KOM) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Menurutnya pemilihan kesemua atlet tersebut telah dibuat pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang berlangsung pada 15 hingga 19 Okt lepas.
"Ini bukanlah isu kerana kita dah hantar satu pasukan atlet yang besar untuk bertanding dan bila tahun depan sudah pasti hampir semua stadium sudah bersedia.
"Kalau tak dapat dibuat di Kuala Lumpur, kita akan buat di negeri-negeri dan antara negeri yang bersedia adalah Sarawak, Sabah dan lain-lain jadi tahun hadapan tiada masalah untuk dianjurkan," katanya.
Beliau pada masa sama berkata KOM sedang mempergiat usaha membentuk semula program pembangunan bagi mendapatkan bakat baharu selain melahirkan lebih ramai atlet muda berpotensi sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (MAF) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia 2023 di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Giliran Muhammad Hazriq menyinar
Muhammad Hazriq juga berazam untuk memastikan dirinya menaiki podium pada setiap kejohanan disertainya.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.