SEPANG: Pelari muda negara Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau mahu mengikut jejak atlet lari berpagar 110 meter (m) negara Rayzam Shah Wan Sofian mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam acara itu.
Muhammad Hazriq juga berazam untuk memastikan dirinya menaiki podium pada setiap kejohanan disertainya.
"Sebelum ini Rayzam menyerlah, kali ini giliran saya pula menyinar," kata pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Johor itu kepada pemberita sejurus tiba dari Thailand, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Thailand, di sini semalam.
Atlet kelahiran Johor itu juga menanam misi untuk memburu slot ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Peru tahun depan dengan mencatatkan masa 14.20 saat (s) di Kejohanan Olahraga Terbuka SAECA-BJSS Innotex 2023, di Stadium Mini Bukit Jalil, di sini pada 19- 20 Dis ini.
"Di Innotex saya jangkakan dapat buat 13.9s, saya percaya pada jurulatih saya dan program yang disediakan untuk saya. Saya akan fokus untuk kejohanan dunia dan sasar ke final," katanya.
Khamis lepas, Muhammad Hazriq mencipta sensasi apabila mengungguli acara 110m lari berpagar lelaki pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Bangkok.
Atlet berusia 17 tahun itu mencatat 13.44 saat (s) untuk menewaskan atlet Indonesia Bria Bagas Swara 13.44s dan rakan senegara Aiman Suffian Sahrizal (14.09s) yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Lebih manis, beliau turut memperbaharui rekod kejohanan 13.71s yang dicipta pelari Thailand Kittipong Kongdee pada edisi Jakarta pada 2011.
Bukan itu sahaja, Muhammad Hazriq juga membantu kuartet 4x100m lelaki negara dibarisi Dylan Leo Saran Stephen, Danish Irfan Tamrin dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee untuk memenangi emas.
Kontinjen Malaysia yang dibarisi 44 atlet membabitkan 25 lelaki dan 19 wanita menamatkan kejohanan remaja berprestij itu dengan memungut keseluruhan 21 pingat iaitu empat pingat emas, lima perak dan 12 gangsa.
Selain acara 110m lari berpagar lelaki dan 4x100 lelaki, atlet negara Nur Izzati Eliana Suhaidi, 17, turut dinobatkan sebagai ratu pecut selepas memenangi emas 100m perempuan dengan catatan 12.39s.
Satu lagi emas Malaysia disumbangkan menerusi kejayaan atlet lompat kijang lelaki Mark Paladius.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Muhammad Hazriq bersama dua pingat emas acara 110meter berpagar dan acara 4x100meter yang dimenanginya pada 15th SEA Youth Athletics Championship 2023 di Pathum Thani, Thailand baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Giliran Muhammad Hazriq menyinar
Muhammad Hazriq juga berazam untuk memastikan dirinya menaiki podium pada setiap kejohanan disertainya.