KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi kejayaan mara ke pentas akhir Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw buat kali ketiga apabila mengetepikan cabaran negara serumpun, Indonesia 2-0 pada saingan separuh akhir di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.
Keputusan yang dilakar sekali gus menyaksikan misi menamatkan dominasi sepak takraw Thailand kian membara berbaki beberapa jam lagi aksi akhir berlangsung petang ini selepas seteru utama itu turut mara selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 (15-5,15-10).
Ia pentas final ketiga Kejohanan Piala Dunia buat kedua-dua pasukan dengan Thailand meraih dua kemenangan masing-masing pada 2011 di Kuala Lumpur diikuti edisi 2017 di Hyderabad, India.
Pada aksi menentang Indonesia, ketua jurulatih negara Ahmad Jais Baharun membuat percaturan meletakkan Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin menggalas tanggungjawab memberi mata pertama negara dengan keputusan 15-12 dan 15-9.
Kemenangan itu turut menyuntik motivasi regu utama negara Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan Alias yang turun pada perlawanan kedua dengan kemenangan straight set 15-9 dan 15-7.
Sementara itu, Amirul Zazwan ketika ditemui selepas perlawanan menyifatkan strategi jurulatih dalam mencatur pemain pada saingan separuh akhir membuahkan hasil apabila menundukkan Indonesia dalam pertarungan 100 minit tersebut.
"Beliau tahu kemampuan semua pemain dan kami percaya antara satu sama lain. Buat masa sekarang, kita tak fikir siapa yang akan diturunkan esok sebab beliau mahu kami hadapi perlawanan satu-persatu," katanya.
Kali terakhir skuad Malaysia meraih kemenangan ke atas Thailand dalam acara berpasukan ialah di Sukan SEA Manila 1991 ketika turut dibarisi ketua jurulatih skuad sepak takraw negara Ahmad Jais.
Rabu lepas, skuad kebangsaan melakar sejarah apabila berhasil menamatkan penguasaan Thailand selepas menewaskan pasukan negara itu pada pertandingan akhir acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Aksi Muhammad Syahir (kiri), Farhan (dua kiri) dan Mohamad Azlan (kanan) ketika menentang pasukan Indonesia dalam perlawanan separuh akhir Berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa malam tadi. --fotoBERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.

ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw
Mohd Sumali berkata menerusi penubuhan akademi, PSM boleh kenal pasti bakat baharu yang mampu digilap untuk masa depan sukan sepak takraw.

Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.

Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu
Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.

Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.

PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.

Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).

Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.