"Harapan saya dan seluruh rakyat Malaysia adalah untuk melihat skuad hoki negara menang ke atas Kanada pada perlawanan separuh akhir," titah Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku
Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Baginda bertitah pemain negara perlu menitikberatkan soal disiplin dan bijak menggunakan peluang yang ada bagi memastikan tiket ke final Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di sini menjadi milik negara.
"Pasukan kita perlu lebih mantap kerana hanya tinggal dua perlawanan sahaja lagi sebelum melakar sejarah dan ianya amat penting dalam sejarah hoki negara...pemain perlu sedar akan kepentingan tersebut," titahnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis MHC di sini pada hari Jumaat.
Tengku Abdullah menyeru agar semua rakyat Malaysia berdoa supaya skuad negara mampu mencipta kemenangan ke atas Kanada dan turun ke stadium bagi memberi sokongan moral kepada pasukan.
"Apa sahaja boleh berlaku pada perlawanan esok...saya harap pemain mengambil iktibar daripada kebangkitan New Zealand semalam yang mampu meyamakan kedudukan 4-4 pada separuh masa kedua walaupun ketinggalan jauh 4-1 pada separuh masa pertama.
"Saya sendiri akan bertemu dengan pemain pada petang esok bagi memberi kata-kata semangat kepada mereka," titah baginda.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, MHC akan melakukan perubahan besar pada pelembagaannya dengan mengecilkan jumlah perwakilan daripada 52 kepada 21 perwakilan dengan mengabungkan perwakilan wanita dan lelaki.
Baginda bertitah perubahan tersebut akan dilakukan bagi memperkemaskan serta mempercekapkan lagi pengurusan persatuan kerana MHC adalah satu-satunya persatuan sukan yang mempunyai perwakilan yang cukup ramai.
"Diharap perubahan ini mampu membawa lembaran baharu kepada persatuan," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah keputusan mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk mengehadkan tempoh penggal bagi presiden kepada empat tahun, mengehadkan umur maksimun presiden kepada 70 tahun dan juga tempoh penggal kerusi presiden dihadkan kepada tiga penggal.
"Perkara tersebut belum disebut dalam pelembaggan persatuan sebelum ini dan ianya akan dibawa pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang tarikhnya akan ditentukan selepas ini," titahnya.
Bernama
Fri May 02 2014
TENGKU ABDULLAH: Harapan saya dan seluruh rakyat Malaysia adalah untuk melihat skuad hoki negara menang ke atas Kanada. -Foto BERNAMA
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Piala Skuasy Malaysia: Sivasangari, Eain Yow mara ke final
Sivasangari melangkah ke final dengan kemenangan bergaya 11-3, 11-8, 11-6 ke atas pemain Scotland Georgia Adderley dalam masa 31 minit.
Masters Korea: Peluang Aaron Chia-Soh Wooi Yik padam kemarau kejuaraan
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan gandingan Taiwan dalam masa 36 minit untuk mara ke final kedua Jelajah Dunia tahun ini.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.
Olimpik Paris 2024: Brazil mara ke final bola sepak wanita
Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita.
Piala FA: JDT melangkah ke final, kalahkan KDA FC dengan agregat 5-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 5-1, malam ini.
Olimpik Paris 2024: Dua atlet negara tamat perjuangan
Harapan dua atlet negara di Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila masing-masing terkandas di pusingan kelayakan pada Sabtu.
EURO 2024: Keunggulan Sepanyol atau 'magis' England, final dambaan fanatik bola sepak
Ramalan paling sukar dalam bola sepak ialah ketika aksi final kerana ia bukan soal taktikal dan skil semata-mata, ia melibatkan keinginan, siapa paling dahagakan kemenangan.
EURO 2024: Harry Kane sedia 'tinggalkan' pencapaian terdahulu demi julang gelaran bersama England
HARRY Kane mengakui dia sedia 'tinggalkan segala pencapaian yang diperoleh sepanjang kerjaya' untuk memenangi Euro 2024 bersama England, apabila bakal bertemu Sepanyol awal pagi esok.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Wan Muhammad Arif-Roy King kalahkan gandingan adik-beradik Popov untuk mara ke final
Pasangan nombor 65 dunia itu mengejutkan gandingan adik-beradik Popov dengan 21-17, 21-17 pada perlawanan peringkat separuh akhir.