KUALA LUMPUR: Gandingan beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King semakin hampir untuk meraih gelaran sulung selepas mara ke final Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024, pada Sabtu.
Pasangan nombor 65 dunia itu yang bergandingan sejak Mac tahun lalu, mempamerkan aksi cemerlang apabila mengejutkan gandingan adik-beradik Popov, Christo-Toma Junior dari Perancis yang menduduki ranking ke-45 dunia dengan 21-17, 21-17 pada perlawanan peringkat separuh akhir acara Super 300 yang berlangsung di Centro Deportivo Municipal Gallur.
Pada pentas final, Wan Muhammad Arif dan Roy King akan berdepan gandingan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Sementara itu, Sabar-Moh Reza terpaksa menghempas pulas sebelum menewaskan William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark, 21-15, 16-21, 21-15 dalam satu lagi aksi
separuh akhir.
Perlawanan akhir hari ini memberi peluang besar kepada gandingan Malaysia untuk membalas dendam kekalahan di peringkat separuh akhir di tangan beregu naib juara Orleans Masters 2024 pada Masters Indonesia 2023, 13-21, 19-21, September lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Arif Junaidi-Yap Roy King menewaskan Christo Popov-Toma Junior Popov 21-17 21-17 untuk mara ke final. - Foto Facebook/BAM
Kerajaan tidak sorok Titah Adendum, berpandu proses di mahkamah - Fahmi
Kata Fahmi, kerajaan mengambil masa untuk mengiktiraf kewujudan Titah Adendum berkenaan kerana perlu berpandukan proses di mahkamah.
Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.
'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.
Pemandu bas ekspres parah, kemalangan libat lapan kenderaan
Seorang pemandu bas ekspres parah manakala lapan lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) di Ayer Keroh.
AWANI Ringkas: Kemalangan lapan kenderaan, pemandu bas parah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran hutan: 30,000 penduduk Los Angeles dipindahkan
Sebanyak 30,000 penduduk di kawasan mewah Los Angeles dipindahkan susulan kebakaran hutan yang semakin marak melanda bandar itu.
Ketiadaan integriti, manipulasi kewangan mampu lenyapkan kekayaan syarikat - Pakar
Individu tiada integriti yang berada dalam kedudukan tinggi dan mempunyai kuasa boleh menyalahgunakan kedudukan dengan memperdaya pihak lain dalam organisasi.
ASEAN perlu capai kata sepakat dalam pelaksanaan cukai minimum global - Liew
Negara anggota ASEAN digesa agar tidak bersaing dalam mengurangkan kos dari segi gaji, pemotongan cukai, atau pelepasan cukai.
Miliki hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam, dua individu akan kemuka representasi
Dua individu disyaki ahli GISB akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan memiliki hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam.
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang ditemukan selamat dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdaganan manusia dan dipaksa melakukan jenayah penipuan dalam talian.
Wan Muhammad Arif-Roy King kalahkan gandingan adik-beradik Popov untuk mara ke final
Pasangan nombor 65 dunia itu mengejutkan gandingan adik-beradik Popov dengan 21-17, 21-17 pada perlawanan peringkat separuh akhir.