KUALA LUMPUR: Malaysia harus berani mengambil risiko dengan menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Walaupun penganjuran Sukan Komanwel bakal menelan kos perbelanjaan tinggi, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berpendapat pelaburan kewangan 100 juta pound (anggaran RM601 juta) daripada CGF bagi menyokong perancangan menganjurkan edisi 2026 akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan temasya sukan itu.
"Kalau kita kaji balik bukan risiko terlalu tinggi lebih-lebih lagi dengan suntikan kewangan daripada CGF. Kita tidak akan maju jika asyik cenderung cari jalan mudah atau keberatan menggalas cabaran kerana mana-mana negara hanya akan maju jika berani ambil risiko dengan menimbang faktor-faktor secara positif.
"Jadi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sememangnya wajar mendalami segala aspek tersebut dalam menyediakan kertas kerja kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan serta keputusan (jadi penganjur Sukan Komanwel 2026)," katanya kepada Bernama semalam.
Dr Ramlan berkata Malaysia perlu bijak menguruskan perbelanjaan penganjuran Sukan Komanwel 2026 hasil daripada suntikan kewangan diberikan CGF dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan venue sedia ada, penyediaan pengangkutan dan pembayaran elaun pegawai serta petugas terlibat.
Beliau berkata Malaysia juga bakal mendapat pembiayaan kos dari negara peserta memandangkan tuan rumah tidak perlu menanggung kos penyertaan atlet negara lain seperti tempat tinggal, makanan dan penerbangan atlet serta pegawai masing-masing yang menjadi tanggungjawab mereka sendiri.
"Negara bertanding menerusi Majlis Olimpik mereka perlu membayar kos penyertaan setiap atlet mereka kepada penganjur, jadi faktor tersebut juga akan diambil kira sekiranya kita mahu mengambil alih hak menjadi tuan rumah edisi 2026 dari Victoria," katanya.
Berbaki kira-kira dua tahun sebelum Sukan Komanwel 2026, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) itu berkata Malaysia tidak perlu bimbang dengan mutu penganjuran acara sukan itu memandangkan Malaysia memiliki pegawai berkaliber dan berpengalaman luas terlibat dalam pelbagai kejohanan serta temasya sukan besar sebelum ini.
"Saya sendiri ketika terlibat selaku pegawai perubatan Piala Dunia Hoki 2023 di India, Sukan Asia Hangzhou 2022 dan terbaru Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di sini sedia maklum ramai lagi individu dari Malaysia yang berprofil tinggi terlibat menjadi pegawai teknikal serta pegawai pengurusan, jadi saya rasa tiada masalah dari segi penyediaan pegawai," katanya.
Dr Ramlan berkata tahap kesediaan atlet juga bukanlah menjadi isu memandangkan program disertai seperti Program Podium membantu mereka bersiap sedia sepanjang masa mewakili negara pada mana-mana kejohanan serta temasya sukan disertai.
Beliau berkata situasi ketika ini sangat berbeza sewaktu negara menjadi hos Sukan Komanwel 1998 memandangkan Malaysia terpaksa bermula dari bawah membimbing atlet beraksi dalam sukan seperti boling padang dan gimnastik berirama agar dapat mencapai standard diperlukan pada temasya sukan tersebut.
"...kini kita bertaraf dunia dalam acara boling padang. Hujahan bahawa anda memerlukan sekitar lima hingga enam tahun untuk menyediakan atlet bukan lagi alasan kukuh,"katanya.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi kenyataan semalam memaklumkan telah memulakan perbincangan dengan KBS berhubung kemungkinan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 susulan undangan rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia, bulan lepas.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan sama berkata CGA Malaysia berpandangan kerajaan perlu menimbangkan peluang 'sekali seumur hidup' itu, di samping sokongan serta pelaburan kewangan berkaitan, meneruskan legasi kejayaan Malaysia yang pernah menganjurkan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, dan mengembalikan kemegahan negara dalam arena sukan dunia.
Sabtu lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan Kabinet akan membuat keputusan sama ada Malaysia berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dalam masa terdekat.
Status Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 menarik diri Julai tahun lepas disebabkan kenaikan kos penyelenggaraan daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (sekitar RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).
Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju membayar AUD380 juta bagi pelanggaran kontrak kerana gagal menganjurkan acara berkenaan yang dijadualkan dari 17 hingga 29 Mac 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
![Malaysia harus berani anjur Sukan Komanwel 2026 - Dr Ramlan Malaysia harus berani anjur Sukan Komanwel 2026 - Dr Ramlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642556129_RamlanAbdulAziz.jpg)
Dr Ramlan berkata, Malaysia tidak perlu bimbang dengan mutu penganjuran acara Sukan Komanwel 2026 memandangkan Malaysia memiliki pegawai berkaliber dan berpengalaman luas. - Gambar fail/Sinar Harian
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Korea Utara kecam kapal selam nuklear AS di Busan
Kementerian Pertahanan Korea Utara menuduh Amerika Syarikat menimbulkan ancaman keselamatan serius dengan menghantar kapal selam nuklear ke pelabuhan Korea Selatan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739258841_RecepTayyipErdoan.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739258841_RecepTayyipErdoan.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
![Anwar, Erdogan adakan pertemuan empat mata Anwar, Erdogan adakan pertemuan empat mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739259654_AnwarErdoganPutr.jpg)
Anwar, Erdogan adakan pertemuan empat mata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini mengadakan pertemuan empat mata di Kompleks Perdana Putra.
![Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57 Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253674_KualaLumpur.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
![Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739181823_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan adalah antara pemimpin dunia yang menunjukkan kecerahan moral dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
![Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739181929_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hubungan di antara negaranya dan Malaysia sebagai rakan sejati, saudara dan rakan kongsi.
![Ketidakpastian dasar perdagangan: 5 kesan utama kepada pasaran dan pelabur Ketidakpastian dasar perdagangan: 5 kesan utama kepada pasaran dan pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731538660_DonaldTrumpJoeBi.jpg)
Ketidakpastian dasar perdagangan: 5 kesan utama kepada pasaran dan pelabur
Keputusan seperti tarif perdagangan baharu, sekatan kecerdasan buatan (AI), dan perubahan dasar utama sering mencetuskan ketidaktentuan.
![Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.
![Malaysia optimis pertumbuhan perdagangan pada 2025, kekal melebihi RM2 trilion - Tengku Zafrul Malaysia optimis pertumbuhan perdagangan pada 2025, kekal melebihi RM2 trilion - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739096345_ZafrulAbdulAziz.jpg)
Malaysia optimis pertumbuhan perdagangan pada 2025, kekal melebihi RM2 trilion - Tengku Zafrul
Malaysia optimis untuk mencapai trajektori pertumbuhan perdagangan pada 2025 dan mengekalkannya pada paras melebihi RM2 trilion.