Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada penganjur yang dikatakan bimbang dengan soal keselamatan berhubung Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di sini dari 11 hingga 18 Dis ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata penjelasan daripada Hallmark Events Group penting bagi mengelak persepsi kononnya Malaysia tidak selamat untuk penganjuran kejohanan sukan bertaraf dunia.
Pada masa yang sama, beliau turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur kejohanan berhubung perkara berkenaan memandangkan Malaysia telah menganjurkan persidangan antarabangsa tanpa sebarang masalah keselamatan.
Beliau menjadikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan sidang kemuncak berkaitan di ibu negara, baru-baru ini yang menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin terkemuka dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
"Jika ia cukup selamat untuk Obama datang ke Kuala Lumpur, saya pasti ia cukup selamat untuk pemain skuasy datang ke sini. Jadi kenyataan itu memang tidak masuk akal dan saya sangat kesal dengan kenyataan tersebut," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan di sini pada Khamis.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi entrinya dalam Facebook mengarahkan KBS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan penjelaskan daripada penganjur kejohanan itu berhubung soal keselamatan.
Pihak penganjur dilaporkan telah menulis kepada Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang meluahkan rasa bimbang mengenai tahap keselamatan di Kuala Lumpur.
Khairy turut kecewa kerana penganjur menggunakan saluran media terlebih dahulu bagi membangkitkan soal keselamatan pada kejohanan berkenaan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada KBS, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahupun PDRM.
Dalam perkembangan lain, beliau meminta Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) mengambil tindakan segera berhubung laporan media yang mendakwa seorang atlet bina badan negara gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Malaysia (Adamas) sebelum menyertai satu kejohanan di luar negara, baru-baru ini.
Khairy menjelaskan berdasarkan Prosedur Operasi Standard, mana-mana persatuan sukan kebangsaan bertanggungjawab mengumumkan keputusan atau tindakan terhadap mana-mana atlet mereka yang gagal dalam ujian doping.
"Namun begitu, saya akan minta Ketua Unit Adamas, (Nishel Kumar) untuk menghubungi MBBF untuk minta perkara ini dapat dijelaskan dalam masa terdekat," tegas Khairy.
Astro Arena
Fri Dec 04 2015

Khairy berkata penjelasan daripada Hallmark Events Group penting bagi mengelak persepsi kononnya Malaysia tidak selamat untuk penganjuran kejohanan sukan bertaraf dunia. - Gambar Fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis akan panggil penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang membuat keputusan untuk menangguhkan kejohanan itu berikutan isu keselamatan.

Malaysia bukan negara selamat?
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada penganjur yang dikatakan bimbang dengan soal keselamatan berhubung Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di sini.