Skuad badminton lelaki negara mempunyai peluang cerah pada kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark, bulan depan, berdasarkan kepada latihan intensif dan kejohanan dalaman yang dilaksanakan setakat ini.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata skuad negara mampu mempamerkan prestasi lebih baik khususnya dengan penyertaan beberapa pemain profesional dalam kem latihan seperti Liew Daren dan Soong Joo Ven, bagi memperkuatkan pasukan negara.
"BAM juga mengadakan perbincangan dengan beberapa pemain profesional bagi mengatasi sebarang masalah timbul yang boleh menjejaskan peluang Malaysia untuk mencipta kejayaan lebih baik pada kempen Piala Thomas ini," katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara pada Rabu.
Beliau mengadakan pertemuan khas dengan 27 pemain yang akan menyertai kem motivasi selama empat hari di Pulau Tioman, Pahang yang bermula Khamis.
Pada edisi 2018 di Bangkok, Malaysia gagal mencapai sasaran untuk mara ke separuh akhir selepas tewas 1-3 kepada Indonesia pada perlawanan suku akhir.
Terdahulu, dalam ucapannya, Mohamad Norza menasihati pemain kebangsaan agar tidak terlalu selesa kerana tempat mereka dalam skuad Piala Thomas masih belum dijamin kerana perlu bersaing dengan pemain profesional.
BAM dijangka mengumumkan senarai akhir pemain ke Piala Thomas selepas kem motivasi berkenaan.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menetapkan 18 Sept sebagai tarikh akhir pendaftaran pemain yang akan bersaing pada kempen Piala Thomas dan Uber kali ini.
Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama juara 13 kali yang juga musuh tradisi, Indonesia, serta Belanda dan England dalam saingan Piala Thomas pada 3-11 Okt depan.
Skuad wanita pula berdepan laluan sukar apabila diundi bersama Korea Selatan, Indonesia dan Australia dalam kumpulan B.
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas dalam kumpulan mara ke peringkat suku akhir.
Malaysia muncul juara Piala Thomas sebanyak lima kali pada edisi 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020

Mohamad Norza berucap pada perjumpaan bersama pemain badminton yang akan menyertai Kem Motivasi di Pulau Tioman, di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, 2 Sept, 2020. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.