KUALA LUMPUR: Malaysia mudah menumpaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam ini, meskipun skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon beraksi tanpa ramai pemain utama.
Kemenangan selesa di hadapan 8,332 penyokong itu, menyaksikan pasukan negara yang diperkuatkan kebanyakan muka baharu, mengekalkan rekod cemerlang berdepan skuad 'Angkor Warriors' apabila memenangi kesemua pertemuan dalam tempoh 50 tahun sejak 1970.
Namun, kesebelasan utama yang diturunkan Pan Gon dilihat bergelut dalam mencari keserasian di awal permainan, selain hujan renyai dan permukaan padang becak menyukarkan permainan hantaran pendek sekali gus menjejaskan rentak pasukan.
Situasi itu bagaimanapun tidak menghalang pasukan negara daripada meledak gol pembukaan pada minit ke-11, berpunca gerakan ketua pasukan Mohamad Faisal Abdul Halim dari sebelah kiri, sebelum beliau tenang melambungkan bola menewaskan penjaga gol Hul Kimhuy.
Selepas penyerang Darren Lok dan pemain pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad, masing-masing terlepas peluang keemasan menggandakan kedudukan, pemain naturalisasi Lee Tuck meletakkan Malaysia 2-0 selepas memanfaatkan hantaran Mohamad Faisal, dalam satu gerakan serangan balas pada minit ke-38.
Ia merupakan gol pertama Tuck pada penampilan sulungnya bersama pasukan negara.
Kemboja bimbingan Ryu Hirose bangkit mencipta serangan berbahaya menerusi rembatan deras pemain tengah Orn Chanpolin, namun gagal menemui sasaran sebelum Mohamad Faisal menjaringkan gol kedua peribadinya selepas bijak menyambar tolakan Darren, pada masa tambahan babak pertama.
Bersambung babak kedua perlawanan, Pan Gon membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk antaranya Muhammad Safawi Rasid, Mohd Nor Hakim Hassan dan seorang lagi pemain naturalisasi, Sergio Aguero dalam menguji kombinasi di bahagian serangan.
Kemasukan beberapa pemain tersebut nyata memberikan impak, namun buntu mencipta jaringan dan sebaliknya Kemboja terus tidak mengalah dalam memburu gol, dengan pemain gantiannya Keo Sokpheng mensia-siakan peluang terhidang apabila rembatannya pada minit ke-69, sedikit tersasar.
Menghampiri masa penuh, pemain tengah kacukan Malaysia-England Stuart Wilkin melengkapkan kemenangan 4-0 Malaysia selepas meraih gol pertamanya pada penampilan sulung dalam jersi pasukan negara apabila menyudahkan tangkapan kurang kemas Kimhuy pada minit ke-86.
Pada aksi malam ini, selain Tuck dan Wilkin, penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, pemain kacukan Malaysia-Autralia David Rowley, Nur Shamie Iszuan Amin dan Muhammad Aliff Izwan Yuslan masing-masing membuat penampilan sulung bersama pasukan negara.
Pasukan negara seterusnya akan melengkapkan keseluruhan dua aksi antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Rabu depan sebelum memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dengan menentang Myanmar di Yangon dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada 21 Dis.
Malaysia kemudian akan menempuh saingan kumpulan berdepan Laos di sini pada 24 Dis, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan melayani kunjungan Singapura di sini pada aksi terakhir kumpulan pada 3 Jan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Malaysia kemudian akan menempuh saingan kumpulan berdepan Laos di sini pada 24 Dis, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan melayani kunjungan Singapura di sini pada aksi terakhir kumpulan pada 3 Jan depan. - Bernama
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Harimau Malaya bangkit catat keputusan seri 2-2 berdepan Syria
Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat pasukan 100 terbaik dunia, Syria 2-2 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China petang ini.
Malaysia benam Kemboja 4-0 tanpa pemain utama
Malaysia mudah menumpaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam ini.