KUALA LUMPUR: Perebutan dalam kalangan pelumba basikal mana layak menyarung jersi kuning selaku juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 bakal terjawab apabila acara kayuhan bermula esok hingga 18 Okt ini.
Perlumbaan jelajah berbasikal tertua Asia dengan jarak sejauh 1,096.9 kilometer (km) meliputi lapan peringkat itu bukan sahaja mengujakan peminat sukan tanah air bahkan sejumlah pelumba, baik dari dalam mahupun luar negara selepas LTdL edisi terdahulu ditunda.
Kali terakhir LTdL diadakan adalah pada edisi 2020 sebelum ia sepi berikutan seluruh negara dilanda COVID-19 sekali gus menyaksikan perlumbaan jalan raya UCI ProSeries berstatus 2.HC itu, acara yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar sukan berbasikal Malaysia.
LTdL 2022 bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur, diikuti Peringkat 2 (Kuala Klawang-Raub), Peringkat 3 (Putrajaya-Genting Highlands), Peringkat 4 (Sabak Bernam-Meru Raya), Peringkat 5 (Kuala Kangsar-Kulim), Peringkat 6 (Georgetown-Alor Setar), Peringkat 7 (Kuah-Gunung Raya) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Kuah-Loop Langkawi).
Di sebalik ketiadaan penganjuran itu sebelum ini, LTdL kali ini kekal 'menyengat' tampil dengan 23 zon pecutan dan 19 zon pendakian secara keseluruhan yang sudah semestinya menjanjikan kayuhan memeritkan buat pelumba.
Penyertaan enam pasukan Jelajah Dunia iaitu UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan) menghangatkan lagi suasana perlumbaan LTdL kali ini.
Ketua jurulatih skuad berbasikal kebangsaan Mohd Yusof Nasir berkata kehadiran sejumlah besar pasukan Jelajah Dunia dan Pro Benua merupakan peluang terbaik untuk mereka merasai aksi saingan peringkat tertinggi.
Beliau berkata ia juga kesempatan bagi pelumba Malaysia membuktikan kebolehan dan keupayaan mereka bersaing dengan pelumba profesional sekali gus meletakkan sasaran untuk berada di podium dalam mana-mana peringkat saingan.
Menerusi pemerhatian tiga peringkat perlumbaan awal adalah paling mengujakan apabila bakal menyaksikan pertukaran jersi kuning dan Raja Pecut (jersi hijau) yang menyediakan 12 zon pendakian termasuk penamat Peringkat 3 Kategori Hors ke puncak Genting Highlands.
Perlumbaan Peringkat 4, 5 dan 6 pula dijangka berakhir dengan pecutan beramai-ramai pasukan yang mengandungi pakar pecut manakala penyarung jersi kuning dan Raja Bukit (jersi polka dot) hanya sekadar mengenakan kayuhan secara selamat.
Memasuki Peringkat 7 Kuah-Gunung Raya dijangka memberikan peluang cerah kepada pencabar jersi kuning dan jersi Raja Bukit mempamerkan sesuatu kerana tiga zon pecutan dan tiga zon pendakian termasuk pendakian curam menuju ke puncak Gunung Raya telah tersedia.
Peringkat 8 Kuah-Loop Langkawi pula bakal menjadi peluang terakhir pencabar terdekat merealisasikan impian juara LTdL 2022 dengan jangkaan detik-detik terakhir lebih sengit berlaku sebelum tiba di garisan penamat.
Selain enam pasukan Jelajah Dunia yang menyertai LTdL kali ini, Drone Harper-Androni Giocattoli (Itali), Uno X-Pro Cycling (Norway), Alpecin-Deceuninck (Belgium) dan Burgos-BH (Sepanyol) membentuk empat pasukan daripada bahagian Pro Benua.
Pasukan profesional benua tempatan, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) mengetuai cabaran tempatan manakala Indonesia diwakili oleh Mula Cycling Team dan Roojau Cycling Team.
ARA Pro Racing Sunshine Coast (Australia), China Glory Continental Cycling Team (China), ProTouch (Afrika Selatan) dan Kuwait Pro Cycling (Kuwait) membentuk baki cabaran benua itu.
Pasukan Asia lain yang disahkan termasuk Thailand Continental Team (Thailand), Team UKYO (Jepun), 7-Eleven Cliqq Air (Filipina) dan pasukan berbasikal kebangsaan (Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
Pelumba Blanco Pro Cycling Team Theo Bos (kiri) melakukan pecutan terakhir sebelum menewaskan pesaingnya ketika perlumbaan peringkat kedua Le Tour De Langkawi (LTdL) 2013. - Foto fail/BERNAMA
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni – Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa petugas kaunter kerajaan perlu mengamalkan sikap mesra, responsif, dan berintegriti ketika berurusan dengan masyarakat.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.