Pelumba Australia, Caleb Ewan daripada pasukan Orica GreenEdge menampilkan kayuhan bertenaga apabila memenangi peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 melibatkan jarak 170km dari Gerik ke Tanah Merah pada Selasa.
Pencapaian bergaya itu menyaksikan pelumba kelahiran New South Wales berusia 20 tahun itu merampas Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan dan juga Jersi Biru sebagai Raja Pecut, daripada pelumba Itali Andrea Guardini yang mewakili Astana Pro Team dari Kazakhstan.
Pada perlumbaan semalam, Ewan melakukan tindakan berani menyertai kelompok pelumba di hadapan pada zon pendakian kedua di Titiwangsa yang berada pada ketinggian 1,006 meter dari paras laut, sebelum membuat pecutan ke garisan penamat dengan catatan 4 jam 13 minit 32 saat, bersama-sama kumpulan pelumba lain.
Mengenai kejayaan tersebut, pelumba agresif Australia yang pakar dalam pecutan itu, menyifatkan perlumbaan hari ini adalah paling sukar setakat ini dalam LTdL 2015 kerana terpaksa menempuh beberapa selekoh tajam dan juga laluan berbukit di kawasan Titiwangsa.
"Pelumba lain memberi saingan sengit kepada saya sehingga ke garisan penamat. Kelompok pelumba cuba membuat gerakan serangan ke atas kami (pelumba Orica GreenEdge) namun kami semua tetap kukuh dan akhirnya kami berjaya meraih kemenangan," kata Ewan kepada pemberita selepas perlumbaan.
"Ia cukup hebat untuk memenangi perlumbaan ini. Kesemua rakan sepasukan saya juga menampilkan prestasi yang luar biasa," katanya.
Ewan juga melahirkan keyakinan mampu mengekalkan kedua-dua jersi berkenaan pada perlumbaan peringkat keempat esok, melibatkan jarak 165.4km dari Kota Baharu ke Kuala Berang kerana kesemua pelumba terpaksa berdepan cuaca panas terik seperti mana ketika saingan pembuka tirai di Langkawi Ahad lepas.
Sementara itu, pelumba China Zhang Wenlong daripada pasukan Giant-Champion System Pro, mencipta kejutan apabila merampas Jersi Putih milik Mohd Adiq Husainie Othman daripada Terengganu Cycling Team (TSG), selaku pelumba terbaik Asia pada perlumbaan semalam.
"Saya tidak mahu memikirkan sama ada saya mampu mengekalkan jersi ini atau sebaliknya pada perlumbaan seterusnya kerana tumpuan saya dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan.
"Kebimbangan utama saya sudah tentu keadaan cuaca yang tidak menentu namun saya berharap dapat kekal fokus sehingga tamat perlumbaan ini," kata Zhang.
Mohd Izzat Hilmi Abdul Halil pula muncul pelumba terbaik Malaysia pada perlumbaan hari ini selepas menamatkan saingan pada kedudukan ke-47 dari 128 pelumba.
Kesemua 131 pelumba akan mengharungi tiga zon pecutan di Pasir Puteh, Jertih dan Permaisuriserta zon pendakian di Sungai Tong pada perlumbaan peringkat keempat LTdL 2015, hari ini.
Bernama
Wed Mar 11 2015

Pelumba dari pasukan Orica Greenedge Caleb Ewan muncul juara peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTDL)2015 yang bermula dari Gerik ke Tanah Merah sejauh 170 kilometer dengan masa 4 Jam 13 Minit 32 Saat. - Foto Bernama
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

LTdL 2015: Caleb Ewan juarai peringkat ketiga penuh bergaya
Pelumba Australia, Caleb Ewan daripada pasukan Orica GreenEdge menampilkan kayuhan bertenaga apabila memenangi peringkat ketiga LTdL 2015.