LIVERPOOL telah bersetuju dengan perjanjian bernilai GBP35 juta (RM205 juta) untuk pemain Bayern Munich, Ryan Gravenberch, ketika pembinaan semula bahagian tengah Jurgen Klopp hampir lengkap.
Agensi berita PA difahamkan pemain berusia 21 tahun itu menuju ke Merseyside untuk menjalani pemeriksaan perubatan menjelang tarikh akhir perpindahan pada hari Jumaat, dengan bayaran yang dipersetujui termasuk yuran tambahan.
Gravenberch telah menjadi sasaran untuk beberapa lama tetapi hanya pada minggu lepas kedudukan Bayern berubah pada pemain yang mereka beli dari Ajax setahun lalu dengan harga sekitar GBP16 juta.
Pemain antarabangsa Belanda itu akan menjadi pemerolehan keempat dan hampir pasti terakhir sebelum tarikh akhir, menyertai rakan tambahan baharu Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai dan Wataru Endo di bilik enjin Liverpool.
Setelah menjual Jordan Henderson dan Fabinho, masing-masing berusia 33 tahun dan mencecah 30 tahun pada Oktober, dan membenarkan James Milner (37), Alex Oxlade-Chamberlain (30) dan Naby Keita (28) yang mengalami kecederaan untuk pergi pada musim panas, bahagian tengah adalah memerlukan penyegaran yang besar.
Ketibaan Gravenberch akan menurunkan purata umur jauh lebih rendah lagi selepas pembelian Mac Allister (24) dan Szoboszlai (22) telah memulakan proses. - Stadium Astro
Astro Arena
Fri Sep 01 2023

Ketibaan Gravenberch (kiri) akan menurunkan purata umur jauh lebih rendah lagi selepas pembelian Mac Allister (24) dan Szoboszlai (22) telah memulakan proses.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

UEL: Ryan Gravenberch jaring gol sulung ketika bantu Liverpool benam Union Saint-Gilloise
Di sebalik jentera serangan yang berbisa, jaringan pemain berusia 21 tahun ini yang memastikan The Reds mendahului pada separuh masa pertama.

Ryan Gravenberch: Liverpool antara kelab terbaik dunia
Pemain tengah Belanda berusia 21 tahun itu telah menandatangani kontrak jangka panjang di Anfield selepas menghabiskan satu musim di Bayern Munich.

Liverpool setuju yuran perpindahan GBP35 juta dapatkan Gravenberch dari Bayern
Pemain berusia 21 tahun itu menuju ke Merseyside untuk menjalani pemeriksaan perubatan menjelang tarikh akhir perpindahan.