Saingan pembukaan terjejas akibat hujan dan terpaksa ditunda esok. Namun ia berjaya didahului pemain muda Amerika Syarikat David Lipsky.

Kejohanan penamat musim bagi Jelajah Asia ini berlangsung di Kelab Golf Horizon Hills, Johor Baru.

Pemain veteran Thailand Thaworn Wiratchant terlebih dahulu di kedudukan teratas dengan satu bawah par bagaimanapun gagal menamatkan saingan akibat hujan.

Juara dua kali Jelajah Eropah SSP Chowrasia dari India bermula baik dengan tujuh bawah par.

Momentum itu diteruskan dengan catatan double boogey sebelum melakar 67 pukulan.

Turut tampil dengan prestasi memuaskan, pemain kelahiran Korea-Amerika Kevin Na yang mencatat 66 pukulan.

Namun paling cemerlang ialah Lipsky apabila membenam tujuh birdie untuk kekal dengan lapan bawah par selepas berakhir 17 lubang.

Permainan kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kilat dan ditunda esok.