Pasukan Lions XII FC dari Singapura terus mengekalkan penguasaan mereka di persada Liga Super walaupun hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam Sabtu.
Keputusan tersebut membolehkan mereka mengumpul 24 mata selepas mengharungi 12 perlawanan liga.
Pemain import baharu dari Brazil, Leandro Barbosa Fabio menceriakan penyokong Hoben Jang Hoben dengan gol pendahuluan pada minit ke-15 sebelum Fazrul Nawaz menyamakan kedudukan untuk pasukan Lions XII pada minit ke-20.
Nasib malang menimpa Negeri Sembilan selepas pemain mereka, Abdul Ghani Abdul Rahman dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin pada minit ke-71 kerana melakukan kekasaran ke atas Nazrul Nazari.
Selangor pula kembali merampas kedudukan kedua liga daripada Johor Darul Takzim (JDT) FC selepas berjaya mengalahkan Felda United FC, 2-0 di Stadium Shah Alam.
Dua gol skuad Gergasi Merah hasil jaringan K. Gurusamy pada minit ke-50 dan Francis Forkey Doe (minit ke-81) membolehkan berkongsi 22 mata dengan JDT FC, namun berada di kedudukan kedua liga berdasarkan perbezaan jaringan.
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan menerima tamparan hebat selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kapten pasukan pelawat, Hairuddin Omar membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 selepas rembatan kencangnya terkena pertahanan Kelantan, Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim sebelum membias masuk untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan.
Christe Jayaselan menambah derita pasukan bimbingan Bojan Hodak dengan gol kedua pada minit ke-21 selepas beliau memanfaatkan hantaran lintang sebelah kiri daripada Marlon Alex James.
Mohd Faiz Subri bagaimanapun mengurangkan defisit jaringan menerusi gol pada minit ke-39 sebelum Marlon memastikan tiga mata penuh dengan gol kemenangan pada minit ke-64.
Pahang turut mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan wakil kelab Terengganu, T-Team dengan keputusan 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Dua gol skuad Tok Gajah disumbangkan oleh K. Gopinathan pada minit ke-51 dan Mohd Razman Roslan, sembilan minit kemudian sebelum pasukan pelawat merapatkan jurang jaringan menerusi gol Azrul Hazran Amiluddin Baki pada minit ke-82.
Bernama
Sat Apr 13 2013
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pemain tiada keyakinan punca siri kekalahan - Yusri Pemain tiada keyakinan punca siri kekalahan - Yusri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720928275_YusriCheLah.jpg)
Pemain tiada keyakinan punca siri kekalahan - Yusri
Katanya, pemain termasuk tonggak import kerap melakukan kesilapan mudah yang memberi peluang kepada pihak lawan untuk menghasilkan jaringan.
![Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1 Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720886023_OswaldoMorales.jpg)
Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam ini.
![Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720832852_KedahDarulAman.jpg)
Kedah Darul Aman daki ranking Liga Super
Kedah Darul Aman menghuni tangga kelima berbekalkan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan Darul Naim, malam tadi.
![KDN FC diminta kekal momentum kemenangan KDN FC diminta kekal momentum kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720605527_TBkelantan.jpg)
KDN FC diminta kekal momentum kemenangan
Michal Jerabek menuntut rakan sepasukannya terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menentang Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.
![Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000 Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719571076_TabungSolidariti.jpg)
Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000
MSNS hari ini memaklumkan bahawa mereka telah menerima sebanyak RM40,000 sejak kempen Tabung Solidariti Bersama Selangor FC dilancarkan.
![MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719570981_TBPekanRamli.jpg)
MFL perlu konsisten, nyatakan rasional hukuman - Pemerhati
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu konsisten dengan hukuman serta menyatakan rasional di sebalik setiap keputusan dibuat.
![Selangor FC boleh kemuka rayuan - MFL Selangor FC boleh kemuka rayuan - MFL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719385081_StuartRamalingam.jpg)
Selangor FC boleh kemuka rayuan - MFL
Pasukan Selangor FC boleh mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas dijatuhkan empat bentuk hukuman.
![Liga Super: Selangor naik tangga kedua, Kijang Emas raih kemenangan sulung Liga Super: Selangor naik tangga kedua, Kijang Emas raih kemenangan sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719178012_AlexanderAgyarkwaA.jpg)
Liga Super: Selangor naik tangga kedua, Kijang Emas raih kemenangan sulung
Penyerang import Ronnie Fernandez muncul wira Gergasi Merah selepas mencetak dua gol pada separuh masa pertama.
![Liga Super: Hatrik Heberty julang JDT, Tanigawa sekat hajat Terengganu Liga Super: Hatrik Heberty julang JDT, Tanigawa sekat hajat Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719074714_LigaSuper.jpg)
Liga Super: Hatrik Heberty julang JDT, Tanigawa sekat hajat Terengganu
Jaringan hatrik penyerang import Johor Darul Ta'zim (JDT) Heberty Fernandes memastikan Harimau Selatan mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas menewaskan Sri Pahang FC 3-0.
![Liga Super: KL City benam NSFC 3-0 Liga Super: KL City benam NSFC 3-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718985584_KualaLumpurCity.jpg)
Liga Super: KL City benam NSFC 3-0
Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.