MANCHESTER United bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi West Ham 2-1 malam tadi apabila kepulangan Jesse Lingard menghantui The Hammers dalam pertembungan penuh dramatik di Stadium London.
Pemain kebangsaan England, menampilkan aksi cemerlang ketika dipinjamkan bersama Hammers musim lalu, melepaskan rembatan melencong masuk pada minit ke-89 selepas Cristiano Ronaldo terlebih dahulu menafikan jaringan pembukaan Said Benrahma.
West Ham berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit keempat masa kecederaan, tetapi David de Gea menyelamatkan penalti yang diambil Mark Noble.
Pelawat bermula positif namun peluang awal yang terbaik hadir menerusi Jarrod Bowen, percubaannya dihalang Raphael Varane selepas Harry Maguire gagal mengawal bola dalam kawasan penalti.
Memperoleh keyakinan daripada peluang yang dihasilkan, Hammers mula bermain dengan mencari peluang untuk membuka jaringan.
Lukasz Fabianski berjaya menepis percubaan Bruno Fernandes yang terkena tiang gol dan tiga minit kemudian, percubaan Benrahma daripada luar kotak penalti terkena Varane sebelum meleret masuk ke gawang.
United tidak menunggu lama selepas ketinggalan, meningkatkan rentak permainan dengan misi jaringan penyamaan, siapa lagi kalau bukan Ronaldo yang berjaya menyambar hantaran Fernandes.
Ronaldo melepaskan peluang terhidang untuk menjaringkan gol kedua seminit selepas perlawanan bersambung, Fabianski menghalang percubaan tersebut selepas Hammers memberikan bola kepada Fernandes.
Pemain gantian, Lingard, kemudian mempamerkan gerakan penuh magis, melepaskan percubaan sekaligus gagal dicapai Fabianski membuatkan penyokong tuan rumah terkesima.
Kemudian hadir drama di minit akhir perlawanan. Ronaldo dijatuhkan Kurt Zouma tetapi tiada penalti diberikan dan West Ham pula diberikan sepakan penalti selepas Luke Shaw dihukum kerana bola terkena tangan.
Noble dibawa masuk untuk menyempurnakan penalti namun De Gea berjaya meneka haluan rembatan sekaligus memastikan United membawa pulang tiga mata penuh.
Astro Arena
Sun Sep 19 2021
Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi West Ham 2-1 malam tadi apabila kepulangan Jesse Lingard menghantui The Hammers dalam pertembungan penuh dramatik di Stadium London. -AP
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
EPL: Man United kembali bersorak riang, pemain akademi selamatkan maruah The Red Devils
Aksi di Craven Cottage itu mengubati kekalahan 1-3 kepada Brighton & Hove Albion di Old Trafford, minggu lalu.
Pemain termuda Manchester United, David Gaskell meninggal dunia pada usia 84 tahun
Pemain termuda dalam sejarah Manchester United, bekas penjaga gol David Gaskell, meninggal dunia pada usia 84 tahun.
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas
Solskjaer diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.
Manchester United mungkin yang terburuk dalam sejarah kelab - Amorim
"Bayangkan bagaimana rasanya ini untuk penyokong Manchester United. Bayangkan bagaimana rasanya untuk saya," kata Amorim.
Amad Diallo wira hatrik Man Utd pamer kebangkitan saat akhir
Diallo menyamakan kedudukan ketika permainan hanya berbaki lapan minit dan melancarkan satu rembatan lagi melepasi Aaron Ramsdale pada minit ke-90.
Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United
Leicester City diundi bertemu Manchester United dalam pusingan keempat Piala FA Inggeris.
Piala FA Inggeris: Fernandes puji aksi wira Altay Bayindir
Pemain antarabangsa Turki itu hanya membuat penampilan kompetitif kelimanya untuk Red Devils sejak tiba dari Fenerbahce pada September 2023.
Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan
United mengejutkan Arsenal menerusi gol pendahuluan Bruno Fernandes pada minit ke-52.