Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) pada Khamis mengesahkan hanya lima daripada 10 pasukan sahaja sudah mengemukakan rayuan berkaitan kegagalan melengkapkan pendaftaran Liga Malaysia (Liga-M), sejak minggu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata daripada lima pasukan itu, dua melibatkan pasukan Liga Super manakala tiga lagi pasukan Liga Premier.
Atas kegagalan melengkapkan pendaftaran, empat pasukan Liga Super iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC dikenakan hukuman pemotongan mata dan denda RM1.5 juta manakala enam pasukan Liga Premier iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, MIFA serta UKM FC dikenakan denda sebanyak RM500,000 atas kesalahan yang sama.
Pada 6 Mac lepas, mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi tempoh 14 hari untuk pasukan terbabit mengemukakan rayuan.
"Bila tarikh tutup rayuan berakhir Selasa ini, kita beritahu pasukan mana sudah buat rayuan," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan bersama Presiden La Liga, Javier Tebas, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Kevin berkata pihaknya sudah membuat pembayaran geran tahunan berjumlah RM3 juta kepada setiap pasukan Liga Super dan RM1 juta buat pasukan Liga Premier, pada Rabu.
Bagaimanapun, katanya, pembayaran geran bagi pasukan yang dikenakan denda terbabit disekat sebahagian mengikut jumlah denda yang dikenakan dan baki bayaran terbabit akan dibuat selepas keputusan rayuan diperoleh.
Katanya, bagi mengekang kecurian hak penyiaran perlawanan atau penyiar haram termasuk menerusi laman Facebook dan Youtube, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan La Liga.
"Ini salah satu benda yang kita kerjasama dengan La Liga di mana La Liga ada sistem 'marauder' iaitu sistem mengesan siaran secara haram. Kita akan laksana dan sedang bincang dengan La Liga," katanya.
Sementara itu, Tebas berkata beliau percaya Liga-M berpotensi berkembang dan mengambil masa untuk menjadi salah satu liga paling kompetitif di Asia.
"Mungkin ia berlaku selepas perjanjian tiga tahun antara La Liga dan FMLLP," katanya.
Pada Januari lalu, FMLLP memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama La Liga dalam usaha meningkatkan lagi kualiti Liga-M.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 15 2018

KEVIN: Bila tarikh tutup rayuan berakhir Selasa ini, kita beritahu pasukan mana sudah buat rayuan.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

Farizal atau Khairulazhan, siapa jadi pilihan?
Menjelang pertembungan Malaysia menentang Thailand dan Indonesia pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Nasri bantu West Ham benam Arsenal
Nasri membuat kemunculan sulung EPL bersama kelab itu selepas dikenakan penggantungan selama 18 bulan.

Safawi teruja pertemuan istimewa bertemu Terengganu
Safawi mencetuskan sensasi apabila meledak dua gol istimewa di Larkin dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Pahang.

Lima belum buat rayuan menjelang tarikh tutup minggu depan
Hanya lima daripada 10 pasukan sahaja sudah mengemukakan rayuan berkaitan kegagalan melengkapkan pendaftaran Liga Malaysia (Liga-M), sejak minggu lalu.