Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya setelah berehat lama dari saingan Liga Super dengan membelasah pasukan Kedah, 5-0 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Dengan pesta gol malam ini, skuad Harimau Selatan kekal mengungguli takhta Liga Super dengan 33 mata selepas 13 perlawanan, berkelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Felda United yang turut mencatat kemenangan di laman sendiri.
Pemain kontroversi berikutan mengumumkan persaraan dari skuad kebangsaan, Safiq Rahim meletakkan tuan rumah selesa di hadapan apabila menyumbang dua gol pada minit ke-27 dan 40.
Skuad kendalian Mario Gomez terus mengasak lawan sebaik wisel bermulanya separuh masa kedua yang berjaya menghasilkan gol ketiga pada minit ke-66 menerusi Marcos Antonio diikuti dua jaringan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-79 dan 84.
Di JENGKA, Felda United pula kekal di tangga kedua walaupun mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Perak di Stadium Tun Abdul Razak.
Skuad bimbingan Irfan Bakti mengutip 31 mata selepas 13 perlawanan.
Gol-gol The Fighters terhasil menerusi jaringan Lutfulla Turaev pada minit ke-23 dan Zah Rahan Krangar pada minit ke-27 manakala gol tunggal skuad The Bos Gaurus diperoleh pada minit ke-86 menerusi jaringan Mohd Fazrul Hazli Mohd Khadri.
Di SHAH ALAM, tuan rumah Selangor mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 di Stadium Shah Alam.
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi pemain import Guilherme De Paula Lucrecio.
Tersentak dengan jaringan itu, skuad The Red Giants menggandakan usaha pada separuh masa kedua yang akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan penyamaan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-52.
Minit akhir perlawanan, pemain import Ugochukwu Ukah mengesahkan gol kemenangan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan di laman sendiri.
Di KUALA TERENGGANU, jaringan hatrik pemain import Patrick Dos Santos Cruz gagal mengesahkan tiga mata dikutip pasukan T-Team apabila tewas 3-4 kepada Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Jaringan hatrik Cruz pada minit ke-19, 63 dan sepakan penalti pada minit ke-82 bagaimanapun gagal memberi kemenangan kepada skuad bimbingan Rahmad Darmawan.
Skuad Harimau Kumbang yang menghuni tangga terakhir Liga Super mencatat kemenangan kedua apabila Ranti Martins Soleye yang menyumbang gol pertama pada minit ke-35 melengkapkan kemenangan dengan gol pada minit ke-85.
Dua lagi gol Pulau Pinang diperoleh menerusi jaringan Jeong Seok Min pada minit ke-59 dan 66.
Di KUANTAN, Pahang melonjak satu anak tangga ke tangga ke-10 selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Darul Makmur.
Gol-gol skuad Tok Gajah diperoleh pada minit ke-36 dan 73 menerusi Pablo Andres Vranjican.
Bernama
Sat Jul 16 2016
Pemain JDT, Peeyra Diaz diasak dua pemain Kedah, Seungwhan Bang dan Liridon Krasniqi pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam tadi. - Foto Bernama
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
'Jangan jadi badut dan rasis' - Tommy
Tommy Mawat Bada kecewa apabila menjadi mangsa komen berbaur perkauman susulan insiden pergaduhannya dengan bintang JDT, Arif Aiman Hanapi.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada.
Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan
Arif Aiman Mohd Hanapi bernasib baik apabila masih dibenarkan beraksi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.