KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain akui risau faktor keletihan yang membelenggu pemain import, akan memberi kesan negatif kepada aksi Liga Super menentang KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam esok.
Menurut Nafuzi, dua tonggak utamanya Kpah Sherman dan Manuel Ott baru sahaja tiba di Kuala Terengganu petang semalam, selepas melalui beberapa siri perlawanan mewakili negara masing-masing.
"Manny (Manuel Ott) dan Sherman (Kpah Sherman) baru sahaja tiba selepas melalui perjalanan panjang kira-kira 30 jam. Begitu juga Shetembi (Petrus Shetembi) dari pasukan TFC ll, yang selalu beraksi dengan kita (TFC).
"Jadi saya perlu ambil kira faktor kecergasan, stamina dan keletihan sebelum memutuskan menurunkan mereka pada perlawanan malam esok," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Gong Badak.
Liga Super 2022 yang menampilkan 12 pasukan akan memulakan cabaran di pusingan kedua malam esok, selepas melalui tempoh rehat hampir dua bulan untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa dalam kalendar FIFA.
Turut merunsingkan jurulatih berusia 44 tahun itu ialah masalah kecederaan ramai pemain muda TFC, yang mewakili skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) baru-baru ini.
Justeru beliau hanya mampu melatih serta menyediakan pemain yang ada untuk menghadapi pelbagai kemungkinan, dalam perlawanan yang dijangka penuh dramatik dan mencabar malam esok.
"Cabaran malam esok pastinya getir kerana persediaan...latihan kita tak dapat lakukan bersama secara skuad penuh, kerana ramai pemain utama TFC dipanggil mewakili skuad negara," katanya yang turut terkesan dengan ketiadaan Faisal Halim.
Walau bagaimanapun, Nafuzi tetap berharap dapat membuka aksi pusingan kedua dengan kemenangan, bagi mencipta momentum positif untuk perlawanan akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Menurut Nafuzi, dua tonggak utamanya Kpah Sherman dan Manuel Ott baru sahaja tiba di Kuala Terengganu petang semalam, selepas melalui beberapa siri perlawanan mewakili negara masing-masing. - Gambar fail
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.
Peluang keemasan Malaysia pimpin visi komuniti ASEAN 2045
Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah berkata platform ASEAN perlu menggunakan untuk mendapatkan hasil yang produktif dan kemajuan dalam mendorong penyelesaian melibatkan isu-isu di rantau ini.
AWANI 7:45 [10/01/2025] - Aksi Gengster | Kononnya Melayu Islam | Proses jual tanah jadi mudah | Reman enam hari
Lima lelaki aksi gengster, tetak sekumpulan lelaki dalam restoran.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
NRES di peringkat akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini berada di fasa akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) sebelum dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat.
2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi
Lebih 2,000 penduduk di Perkampungan Baleh, Nanga Benin, Nanga Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu di kawasan tersebut siap pada April 2027.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.
Liga Super: Faktor keletihan pemain import risaukan Nafuzi
Pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain akui risau faktor keletihan yang membelenggu pemain import, akan memberi kesan negatif kepada aksi Liga Super menentang KL City FC di SSMZA, malam esok.
Kedah bangkit daripada rentetan kekalahan dengan penuh bergaya
Ia merupakan perlawanan tertunda di antara Kedah Darul Aman FC dan Penang FC dalam aksi Liga Super.
Liga Super: Hatrik Ifedayo pacu kemenangan Selangor ke atas Kedah di Alor Setar
Danial Asri memahat nama selaku penjaring Selangor selepas bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menyumbat masuk lintangan Hein Htet Aung.