CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol yang menakjubkan ketika menghasilkan dua jaringan separuh masa kedua untuk membantu Al-Nassr menewaskan Al-Okhdood 3-0 dalam saingan Liga Pro Saudi.

Bintang Portugal itu mengawal bola dengan kemas sebelum menjaringkan gol dari jarak 40 ela pada minit ke-80.

Penamat yang menarik perhatian Ronaldo adalah gol ke-15 musim ini dan ia datang hanya tiga minit selepas menggandakan kelebihan pasukannya.

Jaringan pertama pemain berusia 38 tahun itu tidak kurang hebatnya, melepaskan rembatan mengatasi penjaga gol, Paulo Vitor.

Kemenangan buat Al-Nassr merupakan yang ke-11 daripada 14 perlawanan musim ini sekaligus meletakkan satu mata di belakang Al-Hilal.

Pemain tengah, Sami Al-Naji, membuka jaringan di Al-Awwal Park, Riyadh pada minit ke-13 sebelum bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid, Ronaldo mencuri tumpuan sepanjang perlawanan. - Stadium Astro