KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) II menampilkan persembahan lima bintang apabila mudah membenam tuan rumah Skuad Projek FAM-MSN, 5-1, dalam saingan Liga Premier 2022 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Ayam tambatan TFC II dari Ghana Jordan Mintah, muncul wira apabila meledak dua gol pada separuh masa pertama, untuk membantu pelawat mencatat kemenangan keenam mereka musim ini selepas sembilan perlawanan.
'Kenduri' gol TFC II dimulakan oleh pemain sayap lincah Mohd Faiz Nasir, apabila melepaskan sepakan kencang dari jarak dekat pada minit ke-4, sebelum Mintah menjadi duri dalam daging buat tuan rumah menerusi dua gol berturut-turut pada minit ke-17 dan 43.
Bersambung babak kedua, Skuad Projek FAM-MSN bermula dengan baik apabila Hazwan Hassan berjaya menghukum kesilapan mudah benteng pertahanan, untuk menolak bola masuk ke dalam gawang TFC II pada minit ke-49.
Namun, selang dua minit kemudian, TFC II mematikan langkah tuan rumah untuk bangkit semula, menerusi jaringan keempat oleh Zuasyraf Zulkiefle manakala pemain gantian, Wan Fazli Ghazali mengesahkan tiga mata penuh buat mereka dengan gol kelima pada minit ke-80.
Kemenangan dilakar skuad kendalian Badrol Afzan Razali, menyaksikan mereka kini mengumpul 19 mata untuk kekal di tangga ketiga liga, manakala anak buah Hassan Sazali Mohd Waras pula yang masih mencari kemenangan sulung musim ini, di tangga kesembilan dengan satu mata.
Satu lagi aksi Liga Premier menyaksikan UiTM FC terikat 1-1 dengan PDRM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.
Tonggak tengah Muhammad Zharif Nazhan Refli, meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kedua sebelum pemain import Martin Adamec, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-30 dan kedudukan itu kekal sehingga penghujung perlawanan.
PDRM FC kekal di tangga keenam dengan 11 mata manakala UiTM FC pula di tangga kelapan dengan tujuh mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022

Kemenangan dilakar skuad kendalian Badrol Afzan Razali, menyaksikan mereka kini mengumpul 19 mata untuk kekal di tangga ketiga liga. - Foto Facebook Terengganu FC II

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Piala MFL: Jaringan Muhd Isa julang Terengganu FC II selaku juara
Terengganu FC II muncul juara edisi sulung Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023, setelah menewaskan JDT II 1-0 pada aksi final malam tadi.

Perak FC, TFC II kongsi satu mata di Ipoh
Minit awal perlawanan kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang namun tiada sebarang gerakan berbahaya ke arah kubu lawan.

Liga Premier: Dua gol Mintah julang Terengganu FC II di Cheras
Ayam tambatan TFC II dari Ghana Jordan Mintah, muncul wira apabila meledak dua gol pada separuh masa pertama.

Pergaduhan: Terengganu FC II didenda RM10,000, Penang FC RM5,000 - FAM
Terengganu FC II dikenakan hukuman denda sebanyak RM10,000 manakala Penang FC pula RM5,000 susulan insiden di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Adib tidak alami kecederaan serius, Penang FC mula latihan rutin
Pengurus Besar pasukan, Jeffrey Chew berkata Adib kini dalam proses pemulihan hasil tindakan pantas pasukan perubatan dan pihak hospital.

Pemain terlibat dalam pergaduhan bakal digantung
Hukuman akan ditentukan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia.

Penang FC enggan panjangkan isu pergaduhan atas padang
Pihak Pengurusan juga amat meraikan dan menyokong penuh usaha-usaha FAM dalam menambah baik kualiti sistem pengadilan perlawanan.

Bruno Suzuki kesal gagal selamat jawatan Mat Zan
Pemain dari Jepun itu juga belum pasti boleh dipertaruhkan PDRM yang akan menyambung kempen dengan bertemu Terengganu FC II di tempat lawan, 3 April ini.