UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Liga Negara-Negara UEFA: Saka, Jones dilepaskan skuad England

England mengesahkan pemain Arsenal, Bukayo Saka, dan pemain Liverpool, Curtis Jones, menarik diri menjelang pertembungan Liga Negara-Negara UEFA dengan Finland.

Astro Arena
Sun Oct 13 2024
Liga Negara-Negara UEFA: Saka, Jones dilepaskan skuad England
Saka digantikan oleh Noni Madueke pada minit ke-51 dalam kekalahan mengejut 1-2 kepada Greece kelmarin, selepas mengalami kecederaan di kaki. - Stadium Astro
ENGLAND mengesahkan pemain Arsenal, Bukayo Saka, dan pemain Liverpool, Curtis Jones, telah menarik diri menjelang pertembungan Liga Negara-Negara (UNL) UEFA dengan Finland, tengah malam ini.
 
Saka digantikan oleh Noni Madueke pada minit ke-51 dalam kekalahan mengejut 1-2 kepada Greece di Wembley, kelmarin, selepas mengalami kecederaan di kaki kanannya.

Ia hanya menambah kebimbangan senarai kecederaan barisan Mikel Arteta itu untuk menghadapi Bournemouth, Ahad ini, selepas Martin Odegaard tercedera ketika bertugas antarabangsa untuk Norway bulan lalu.

Saka telah menikmati permulaan yang baik dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menjaringkan dua gol dan mencipta tujuh bantuan jaringan dalam tujuh perlawanan pembukaan membabitkan The Gunners.


Pemain antarabangsa England itu telah mencipta 27 peluang berbanding pemain lain di bahagian itu dalam penglibatan sembilan golnya hanya diatasi oleh Cole Palmer (11) dan Erling Haaland Manchester City (10).
Lee Carsley juga perlu membuat percaturan tanpa pemain tengah Liverpool, Curtis Jones, yang diserapkan ke dalam skuad Three Lions awal minggu ini sebelum terpaksa menarik diri atas komitmen peribadi.

Jones mendapat panggilan pertamanya pada Mei lalu sebagai sebahagian daripada skuad 33 pemain sementara tidak terpilih dalam skuad akhir EURO 2024.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan sebahagian daripada tonggak Young Lions yang memenangi Kejohanan B-21 EURO 2023 di bawah kendalian Carsley dengan menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol dalam perlawanan akhir. -- Stadium Astro



#Liga Negara-Negara UEFA#skuad England#Bukayo Saka#Curtis Jones#tarik diri
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam

Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026

Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis

UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis

Didier Deschamps mengesahkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan Perancis.
Romelu Lukaku antara lima pemain Belgium dilepaskan pulang

Romelu Lukaku antara lima pemain Belgium dilepaskan pulang

Belgium menghuni tangga ketiga dalam Kumpulan A2 berikutan kekalahan 1-0 kepada Itali dalam aksi terdahulu.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal

Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Liga Negara-Negara UEFA: Haaland ledak jaringan ke-35 bersama Norway

Liga Negara-Negara UEFA: Haaland ledak jaringan ke-35 bersama Norway

Penyerang Manchester City itu melakukan hantaran memukau ke arah Sander Berge dengan bola itu melepasi penjaga gol.
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir

Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir

The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
Liga Negara-Negara UEFA: Aksi cemerlang bintang Liverpool pacu kemenangan England

Liga Negara-Negara UEFA: Aksi cemerlang bintang Liverpool pacu kemenangan England

Jones menerima hantaran silang Morgan Gibbs-White, melakukan sentuhan menakjubkan melepasi Vlachodimos, melengkapkan kemenangan England.
Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG

Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG

Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.
Liga Negara-Negara UEFA: Saka, Jones dilepaskan skuad England

Liga Negara-Negara UEFA: Saka, Jones dilepaskan skuad England

England mengesahkan pemain Arsenal, Bukayo Saka, dan pemain Liverpool, Curtis Jones, menarik diri menjelang pertembungan Liga Negara-Negara UEFA dengan Finland.
UNL: Tiga tonggak muda terlepas wakili England

UNL: Tiga tonggak muda terlepas wakili England

Ketiga-tiga mereka tidak dapat sertai skuad yang akan beraksi di St George's Park, namun Lee Carsley dijangka tidak akan panggil pengganti.
Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA

Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA

Havertz tampil cemerlang menjaringkan satu gol minit ke-58, bermain 90 minit bersama Arsenal ketika menang bergaya 3-1 ke atas Southampton.