PENGERUSI Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, mengumumkan saingan Liga M3 musim depan bakal dinaik taraf ke saingan semi-pro.
Ini bermaksud setiap pasukan akan diwakili oleh sebahagian besar pemain yang mempunyai kontrak sepenuh masa bersama kelab.
AFL turut mengesahkan sebanyak 14 pasukan sudah mengesahkan penyertaan bagi kempen musim depan yang dijadualkan berlangsung sekitar Februari.
Antara pasukan baru yang sah sertai Liga M3 termasuklah Melaka dan Sarawak United FC.
"Ini salah satu cara untuk kami naik taraf pasukan ini apabila mereka mempunyai pemain yang bermain bola sepenuh masa walaupun saya tahu ada beberapa pasukan yang (memiliki) pemain kontrak penuh.
"Yang penting kami hendak tengok kualiti pasukan ini yang akan naik ke Liga Super. Jadi turun naik akan berlaku pada 2023.
"Jadi persiapan pasukan mestilah menyediakan pasukan yang baik untuk saingan di peringkat atas.
"Kami juga ada (pelantar) Piala FA jadi mestilah pasukan ini mempunyai kualiti untuk berjumpa wakil Liga Super," dalam sidang media di Wisma FAM semalam.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff yang juga timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) mengakui badan induk itu tidak mencampuri urusan logo baru kelab Melaka.
Mohd Yusoff mengakui hanya mengetahui berkenaan logo baru tersebut selepas ia tular di media sosial.
"Saya cuma melihatnya setelah menjadi tular. Kami tidak dimaklumkan ada pertukaran yang berlaku.
"Apa pun ia hak presiden MUSA untuk menentukan hala tuju dan apa jua perubahan dalam melaksanakannya," katanya lagi.
Astro Arena
Fri Dec 30 2022
Mohd Yusoff berucap pada majlis menandatangani perjanjian penajaan liga AFL bersama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Melaka Privilege Sdn Bhd di Wisma FAM, Kuala Lumpur, 29 Dis 2022. -- fotoBERNAMA
Amanah Sabah gesa hormat TYT sebagai simbol negeri
Tindakan penyiaran karikatur yang menghina Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman bukan sahaja mencerminkan kurangnya rasa hormat terhadap simbol negeri tetapi juga berpotensi menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Sabah.
Peragut maut rempuh kem PGA Batu Kawa
Seorang lelaki maut gara-gara merempuh pagar kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa sejurus selepas meragut beg tangan wanita sarat mengandung yang sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya.
Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu, selain memandu di bawah pengaruh alkohol.
Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
Bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.
Nahas Jeju Air: Dua kotak hitam pesawat sudah ditemukan
Data penerbangan dan rakaman suara telah diperoleh bagi membolehkan mereka mengenal pasti punca sebenar nahas.
Fokus Minggu Depan: Kemalangan lori: Tingkat kesedaran, perkasa penguatkuasaan
Prof Madya Dr Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia
Tak tarik brek sempurna punca lori mengundur sendiri
Punca kejadian adalah disebabkan pemandu tidak menarik brek tangan dengan sempurna dan keadaan jalan yang berbukit.
Institusi keselamatan Syria menindas rakyat akan di rombak - Ketua Perisikan
Ketua Perisikan Umum Syria Anas Hattab pada Sabtu mengumumkan bahawa institusi keselamatan yang dituduh menindas rakyat selama lebih 50 tahun di bawah rejim yang digulingkan akan dirombak sejajar tujuan asalnya.
PM Qatar bertemu delegasi Hamas, runding gencatan senjata
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani mengadakan pertemuan dengan delegasi Hamas di Doha semalam bagi membincangkan perjanjian gencatan senjata yang jelas dan menyeluruh untuk menamatkan perang di Gaza.
Kerajaan Kelantan tetapkan pensijilan halal kepada tujuh kategori premis makanan
Kerajaan Kelantan menetapkan tujuh kategori premis makanan yang perlu mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi membolehkan premis mendapat Lesen Kekal Perniagaan di negeri ini.
KL Rovers untuk dijual
Dana yang diperoleh hasil jualan KL Rovers mampu membiayai keperluan untuk membayar tunggakan gaji yang dialami KL City FC.
Kalau rasa tak mampu, sukarela turun ke Liga M3 - Jamal Nasir
Jamal berkata, setiap pasukan perlu berjiwa besar dengan tidak mengambil risiko beraksi di Liga Super sekiranya tiada kewangan yang kukuh.
Liga M3 kini bertaraf semi-pro
Ini bermaksud setiap pasukan akan diwakili oleh sebahagian besar pemain yang mempunyai kontrak sepenuh masa bersama kelab.
Terima suntikan konglomerat antarabangsa, Respect FC bakal setanding JDT?
Kumpulan SRAM & MRAM yang berpengkalan di London kini ambil alih kelab RFC sebagai sebahagian daripada program CSR mereka.
Faiz Subri sah milik Kuala Kangsar FC
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC atau KKFC yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021 bermula Jun depan.
Faiz mungkin 'gantung but' tahun depan
Kapten pasukan Northern Lions Football Club (NLFC) itu berkata perkara itu masih di peringkat rundingan dan beliau belum membuat keputusan buat masa ini.
FAM gantung Nik Akif dan tiga pemain Liga M3
Pemain skuad Bawah 23 Tahun negara itu bersalah menumbuk perut pemain Sarawak Mohd Badrul Hisham Mohamad Hussein pada perlawanan Liga Premier yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.