Pemain tengah Kelantan Nik Akif Nik Mat terlepas peluang beraksi pada pertemuan menentang Negeri Sembilan esok selepas beliau digantung dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana berkelakuan ganas semasa menentang Sarawak, 6 April lepas.
Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan pemain skuad Bawah 23 Tahun negara itu bersalah menumbuk perut pemain Sarawak Mohd Badrul Hisham Mohamad Hussein pada perlawanan Liga Premier berkenaan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Baljit Singh Sidhu berkata keputusan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa itu semalam dengan satu penggantungan adalah secara automatik iaitu ketika Kelantan menentang PDRM pada 12 April lepas.
Nik Akif turut diberi amaran keras selain akan dikenakan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama, katanya dalam kenyataan hari ini.
Baljit berkata mesyuarat semalam turut memutuskan hukuman penggantungan perlawanan ke atas tiga pemain Liga M3 iaitu dua orang dikenakan penggantungan enam perlawanan sementara seorang lain digantung empat perlawanan berserta denda RM500.
Jasmir Mehat (SAMB FC) dan Muhammad Rizqi Azman (DDM FC) digantung enam perlawanan termasuk satu penggantungan secara automatik namun kedua-duanya digantung bagi tiga perlawanan terlebih dahulu manakala baki ditangguhkan, tertakluk kepada kelakuan baik pemain selama enam bulan dari tarikh penerimaan keputusan.
"Jika pemain didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan tiga perlawanan ini akan berkuat kuasa dengan serta-merta," katanya.
Penggantungan tiga perlawanan ke atas Jasmir yang merupakan akibat kad merah yang diterimanya semasa menentang Ultimate FC pada 6 April di Padang Pulapol, melibatkan perlawanan menentang Glory United pada 14 April (penggantungan secara automatik), Armed Forces (21 April) dan Kelantan United FC (28 April).
Penggantungan Muhammad Rizqi yang didapati bersalah memukul bahagian leher pemain Puchong Fuerza FC, Zulkefli Baharuddin pada perlawanan 7 April di Stadium Mini MMU, Cyberjaya, membabitkan perlawanan menentang Ultimate FC pada 13 April (penggantungan secara automatik), Glory United FC (20 April) dan Armed Forces FC (28 April).
Pemain Tun Razak FC, Mohammad Firdaus Yusof pula dikenakan penggantungan empat perlawanan dan denda RM500 kerana menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil berkenaan.
"Penggantungan empat perlawanan termasuk satu penggantungan secara automatik dan hukuman denda sebanyak RM500 dikehendaki dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan, dan diberi amaran keras dan hukuman lebih berat jika mengulangi kesalahan sama," katanya.
Mohammad Firdaus menjalani penggantungan secara automatik pada perlawanan membabitkan Tun Razak FC menentang Ultimate FC (30 Mac) dan berbaki tiga lagi penggantungan iaitu menentang Kelantan United (21 April), Kuching FA (27 April) dan BTK FC (15 Jun).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2019
Nik Akif turut diberi amaran keras selain akan dikenakan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama. - Gambar fail
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit
Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.
Penganjur pesta seks bebas bakal diambil tindakan tegas - Polis Johor
Polis Johor memberi amaran keras kepada pihak yang menganjurkan pesta seks bebas "Gang Bang JB Party" agar acara itu tidak diteruskan dan dibatalkan.
Polis beri amaran keras, penganjuran Thai Hot Guy dibatalkan
Penganjuran program Thai Hot Guy yang dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini dibatalkan.
Amaran keras kepada pengeluar pastikan bekalan telur domestik dipertingkat - Nanta
Alexander Nanta Linggi memberi amaran keras kepada semua pengeluar telur untuk memastikan pengeluaran bagi kegunaan domestik dipertingkat.
Najib diberi amaran keras oleh mahkamah, berhenti serang Zeti Akhtar di Facebook
Mahkamah Tinggi mengeluarkan amaran keras kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
26 individu dikompaun gagal pakai pelitup muka
Kompaun dikeluarkan susulan operasi dijalankan di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai.
FAM gantung Nik Akif dan tiga pemain Liga M3
Pemain skuad Bawah 23 Tahun negara itu bersalah menumbuk perut pemain Sarawak Mohd Badrul Hisham Mohamad Hussein pada perlawanan Liga Premier yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.
Sukma 2018: Tiga pemain Terengganu, Johor digantung tiga perlawanan
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam kenyataan media menegaskan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mereka mengulangi kesalahan sama.