PETALING JAYA: Penyokong bola sepak tempatan masih tidak dibenarkan makan dan minum di dalam stadium pada musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) yang akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih pada 26 Feb ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam memaklumkan permintaan untuk memberi kebenaran kepada penyokong makan dan minum merupakan satu daripada tiga pertimbangan ditawarkan badan pengelola liga tempatan itu yang ditolak kerajaan untuk musim baharu Liga-M nanti.
Stuart berkata pertimbangan kedua pula melibatkan kebenaran bagi pemain yang disahkan negatif COVID-19 namun mempunyai kontak rapat dengan pemain positif wabak itu untuk terus bermain, berbanding perlu menjalani tempoh kuarantin ketika ini.
"Kita menggunakan peraturan antarabangsa untuk pertimbangan kedua ini... kita telah alami di Piala AFF 2022 baru-baru ini yang mana terdapat dua pemain berkongsi bilik namun pemain yang negatif boleh main manakala positif kuarantin dalam bilik.
"Peraturan itu bukan kami cipta sendiri tetapi telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa namun kita dapat maklum balas sebab peraturan kerajaan lain," katanya kepada pemberita selepas majlis memeterai kerjasama bersama rakan penaja baharu Liga-M, Luno, sebuah syarikat aset digital di Malaysia.
Selain itu, Stuart berkata pihaknya turut mencadangkan kuota kemasukan penyokong ditambah namun dengan syarat kedua-dua permintaan lain itu ditunaikan kerajaan terlebih dahulu.
MFL pada Oktober lepas menyatakan bahawa 50 peratus daripada kapasiti tempat atau maksimum 20,000 penonton di negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan hadir ke stadium.
Bagaimanapun, beliau berkata MFL memahami mereka perlu berwaspada dengan peningkatan mendadak kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini dan akur dengan segala arahan dikeluarkan pihak berkuasa.
Stuart berkata ini kerana sebagai rakan kerajaan, mereka bertanggungjawab memastikan keselamatan semua pihak terjamin terutamanya dalam membendung penularan wabak berkenaan.
Sementara itu, Stuart berkata kerjasama selama setahun bersama Luno dengan nilai tajaan berjumlah RM1 juta merangkumi pelbagai hak penjenamaan termasuk papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab serta imej pemain dan pengaktifan jenama di dalam stadium.
Dalam pada itu, Pengurus Negara Luno Malaysia Aaron Tang menyifatkan kerjasama itu dapat mewujudkan peluang kepada penyokong bola sepak untuk menerokai dunia mata wang kripto.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Stuart memaklumkan permintaan untuk memberi kebenaran kepada penyokong makan dan minum merupakan satu daripada tiga pertimbangan ditawarkan badan pengelola liga tempatan itu yang ditolak kerajaan. - Gambar fail
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Pengendali Liga-M 2024/25 sila perbaharui lesen jurulatih - PJBM
PENGENDALI kelab Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 diingatkan supaya memperbaharui lesen jurulatih masing-masing segera.
Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024
Musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 akan bermula pada 3 Mei 2024 dan dijadual berakhir April 2025.
Liga-M 2024 bermula April
Liga Malaysia musim depan bakal bermula pada April 2024 hingga April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Bersuara demi bola sepak negara - TMJ
Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing.
Tajaan syarikat vape: BRM FC berpeluang beraksi dalam Liga-M jika tukar jersi
Pasukan Liga M3, BRM FC masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya bertindak mengubah penggunaan jersi memaparkan logo penaja daripada jenama rokok elektronik.
Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar
Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?
Pasukan dari selatan tanah air ini mendominasi Liga Super dengan rekod kejuaraan lapan kali berturut-turut sejak 2014.
Liga-M: Makan dan minum dalam stadium masih tidak dibenarkan - MFL
Penyokong bola sepak tempatan masih tidak dibenarkan makan dan minum di dalam stadium pada musim baharu Liga-M yang akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih pada 26 Feb ini.
Pemain tempatan kurang perlawanan kompetitif - FIFA
FIFA syorkan saingan Liga Malaysia melibatkan Liga Super dan Liga Premier dipanjangkan bagi menyediakan jumlah perlawanan yang ideal kepada pemain.