PETALING JAYA: Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kalendar perlawanan.
Perubahan paling menarik perhatian ialah jadual Liga Super menjadi lebih panjang apabila akan bermula 24 Feb sehingga 17 Dis melibatkan keseluruhan 182 perlawanan selepas terdapat penambahan 50 aksi berbanding musim lepas.
Peningkatan jumlah perlawanan itu dipengaruhi penambahan dua kelab bertanding, menjadikan keseluruhan 14 pasukan berbanding hanya 12 pada musim lepas.
Selain itu, Piala Malaysia yang akan berlangsung dalam tempoh saingan Liga Super untuk musim ini merupakan perubahan penting dibuat MFL, sekali gus menyaksikan kejohanan berprestij itu tidak lagi menjadi kemuncak Liga-M pada akhir musim.
Badan pentadbir Liga-M itu turut melakukan perubahan terhadap format perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah melibatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC pada 24 Feb ini apabila perlawanan itu kembali dikira sebagai aksi pertama Liga Super.
Dalam pada itu, MFL mengesahkan perlawanan Sumbangsih akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri yang merupakan gelanggang tuan rumah, JDT.
"Ia adalah hasil pemerhatian dari tahun lepas dan kami menyesuaikannya bagi musim 2023 dengan menghasilkan kalendar yang lebih tersusun tetapi (ada) juga beberapa soalan yang kami tak boleh lagi jawab iaitu (berkaitan) penyertaan kelab-kelab Malaysia dalam pertandingan anjuran AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) kita tunggu proses undian berlaku.
"Kemudian kita akan tahu JDT, Sabah dan Terengganu bermain di tempat sendiri atau di tempat lawan serta jarak perjalanan mereka. Sedikit perubahan hujung musim perlu dibuat demi kepentingan semua," kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam pada sidang media taklimat kalendar Liga-M 2023 di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, hari ini.
Pada masa sama, MFL turut mengumumkan sebahagian perlawanan Liga-M 2023 akan bermula seawal antara 4.30 hingga 4.45 petang bagi Sabah dan Sarawak serta antara 5.15 hingga 5.30 petang bagi pasukan berpangkalan di Semenanjung.
"Langkah MFL untuk memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu lebih awal pada sebelah petang adalah untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta mewujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik," kata Stuart.
Beliau berkata dua waktu sepak mula sedia ada iaitu 8.15 dan 9 malam bagi kawasan Semenanjung serta 7.30 dan 8.15 malam bagi Sabah dan Sarawak dikekalkan namun pada bulan Ramadan perlawanan akan bermula pada 10 dan 9.15 malam masing-masing bagi Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, penetapan kalendar musim 2023 turut mengambil kira tugasan dan perlawanan melibatkan skuad kebangsaan sepanjang tahun.
Enam kejuaraan yang menjadi rebutan ialah gelaran Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup dan Piala MFL (Liga Simpanan Bawah 23 Tahun).
MFL Challenge Cup atau dikenali sebagai Piala Cabaran sebelum ini, kembali dipertandingkan selepas tiga musim dengan penglibatan keseluruhan lapan pasukan yang tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia.
Kelapan-lapan pasukan itu akan terus beraksi di pusingan suku akhir MFL Challenge Cup bagi merebut kejuaraan yang kali terakhir dimenangi JDT II pada 2019.
Bagi Piala MFL yang julung kali dianjurkan, sebanyak 14 pasukan Liga Super akan menghantar skuad B-23 masing-masing dalam kejohanan itu selain turut disertai Skuad Projek FAM-MSN sekali gus menyaksikan penglibatan keseluruhan 15 pasukan bertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam pada sidang media mengenai Kalendar Liga Malaysia 2023 di Wisma FAM hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.

Irfan Bakti dilantik ketua jurulatih Kelantan Red Warrior
Irfan Bakti dilantik berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap keperluan dan visi kelab Pantai Timur itu.

Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.

Pengendali Liga-M 2024/25 sila perbaharui lesen jurulatih - PJBM
PENGENDALI kelab Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 diingatkan supaya memperbaharui lesen jurulatih masing-masing segera.

Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024
Musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 akan bermula pada 3 Mei 2024 dan dijadual berakhir April 2025.

Liga-M 2024 bermula April
Liga Malaysia musim depan bakal bermula pada April 2024 hingga April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Bersuara demi bola sepak negara - TMJ
Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing.

Tajaan syarikat vape: BRM FC berpeluang beraksi dalam Liga-M jika tukar jersi
Pasukan Liga M3, BRM FC masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya bertindak mengubah penggunaan jersi memaparkan logo penaja daripada jenama rokok elektronik.

Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar
Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?
Pasukan dari selatan tanah air ini mendominasi Liga Super dengan rekod kejuaraan lapan kali berturut-turut sejak 2014.