KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou menyedari faktor usia boleh menjadi halangan terbesar untuk beliau terus melakar kejayaan di persada dunia, terutamanya dalam melaksanakan misi mempertahankan emas Sukan Paralimpik Paris 2024.
Liek Hou, 33, percaya persaingan yang lebih getir bakal dihadapinya dalam tempoh tiga tahun mendatang, ekoran faktor perbezaan umur dengan pemain lain yang jauh lebih muda.
Walaupun tidak menerima tentangan sengit di Paralimpik Tokyo, Liek Hou tidak pernah memandang rendah kemampuan lawan, malah menganggap mereka mempunyai keupayaan untuk mengalahkannya jika beliau sedikit terleka.
"Lawan saya semua adalah pencabar kerana saya lebih tua daripada mereka, lebih tua mungkin enam hingga lapan tahun, jadi saya kena sentiasa peka dan kekalkan tahap seperti ini.
"Saya tidak boleh ketinggalan jauh daripada tahap prestasi mereka kerana mereka semua itu sangat muda, 23 hingga 25 tahun," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Meraikan Atlet dan Jurulatih Badminton Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, semalam.
BACA: Liek Hou tidak dapat tidur lena lepas menang emas bersejarah
BACA: Dulu diejek, sekarang juara Paralimpik
Pada majlis yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, beliau menerima insentif berjumlah RM10,000 daripada Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA).
Liek Hou meraih pingat emas kelas SU5 (kecacatan fizikal) selepas menewaskan pemain berusia 22 tahun yang juga pilihan pertama dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17 dan 21-15 dalam temasya itu.
Sementara itu beliau yang juga juara dunia sebanyak enam kali, turut berhasrat untuk mencipta sejarah sebagai pemain badminton para yang mempunyai rekod tanpa kalah terpanjang.
Kemenangan di Tokyo menjadikan rekod tanpa kalah beliau kepada 35 perlawanan sejak Oktober 2019.
"Harap-harap saya dapat terus kekalkan lagi rekod tanpa kalah ini. Kalau boleh saya nak cipta sejarah baharu, kalau boleh," katanya ketika menjawab soalan pemberita adakah beliau menyasarkan rekod 100 perlawanan tanpa kalah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021

Kemenangan di Tokyo menjadikan rekod tanpa kalah beliau kepada 35 perlawanan sejak Oktober 2019. - Foto fail/BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.