KUALA LUMPUR: Kehadiran ikon bola sepak Inggeris, David Beckham pada program Adidas Bola Sepak Wanita Malaysia (AMGFP) menggamatkan suasana pelancarannya yang berlangsung di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara di sini, hari ini.
Beckham, 48, berada di ibu negara bagi melancarkan pameran 'The World of The Predator' yang memaparkan sejarah 30 tahun kasut bola sepak direka jenama sukan Adidas di pusat beli belah The Exchange TRX Mall,petang ini.
Terdahulu, beliau yang juga bekas bintang Manchester United meluangkan masa beramah mesra kira-kira sejam serta terlibat menjalani latihan bersama peserta yang menyertai program AMGFP itu.
Beliau turut memberikan kata-kata motivasi kepada peserta sebelum berbesar hati menandatangani autograf ke atas barangan seperti jersi, kasut bola selain sempat berswafoto bersama peminat yang hadir.
"Seronok berada di sini dan saya sangat teruja berada di Kuala Lumpur. Saya telah menjadi penyokong besar bola sepak wanita sejak saya berpindah ke Los Angeles (Amerika Syarikat)," katanya.
Semalam, ikon bola sepak Inggeris itu mencuri perhatian netizen apabila memuat naik gambarnya di laman rasmi Instagramnya dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas di sini.
Hantaran tersebut sehingga kini meraih lebih sejuta tanda suka (likes).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024

Beckham meluangkan masa beramah mesra kira-kira sejam serta terlibat menjalani latihan bersama peserta yang menyertai program AMGFP itu. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Serie A: Saya pilih nombor 32 kerana Beckham - Kyle Walker
Kapten Manchester City, Kyle Walker, menyertai kelab gergasi Itali, AC Milan, secara pinjaman untuk baki saingan musim ini.

David Beckham kini ternak ayam
Bintang bola sepak dunia, David Beckham kini menceburi bidang penternakan ayam.

Pemain bola sepak, legenda dunia mula sertai kempen 'Eyes on Rafah'
BERIKUTAN tragedi yang sedang berlaku di Palestin, semua orang tidak kira di mana sedang bersatu menyatakan solidariti terhadap nasib yang menimpa rakyat di sana.

Legenda bola sepak Beckham hangatkan pelancaran AMGFP
Kehadiran ikon bola sepak Inggeris, David Beckham pada program Adidas Bola Sepak Wanita Malaysia (AMGFP) menggamatkan suasana pelancarannya.

David Beckham luang masa bertemu Safee Sali
Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, mendapat peluang secara eksklusif untuk bertemu David Beckham di ibu kota hari ini.

Beckham terpukau keindahan Kuala Lumpur, KLCC
LEGENDA Manchester United, David Beckham mengakui teruja dengan keindahan pemandangan Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

"Wow...what a view!" David Beckham kagum dengan Malaysia
Ikon bola sepak, David Beckham menyatakan kekagumannya dengan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur.

Beckham lihat potensi England rangkul trofi Euro
David Beckham melihat potensi pemain muda England menamatkan kemarau beberapa dekad untuk meraih trofi pada Kejohanan Euro di Jerman tahun depan.

Siapkan pakaian seminggu, David Beckham dedah kehidupan hidap OCD dalam dokumentari
Saya menghidap OCD di mana saya harus menempatkan semuanya dalam satu garis lurus atau semuanya harus berpasangan, kata Beckham.

David Beckham ada calon sesuai pulihkan Manchester United
Bekas bintang Manchester United, David Beckham, percaya dia mengenali individu yang sesuai untuk mengambil alih dan memulihkan nasib kelab itu.