KUALA LUMPUR: Ikon bola sepak, David Beckham menyatakan kekagumannya dengan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur.

Bekas pemain Manchester United itu yang kini berada di ibu negara menyatakan kekagumannya menerusi kapsyen gambar beliau yang dimuat naik di laman Instagram.

"I mean...wow...what a view, what a city...," katanya menerusi gambar beliau di hadapan Menara Berkembar Petronas.

Personaliti bola sepak berpengaruh dunia itu terbang ke Malaysia untuk melakukan penampilan dalam acara perasmian The World of The Predator Exhibition by Adidas di pusat beli belah The Exchange TRX.


Suami kepada Victoria atau Posh Spice itu sebelum ini berada di Bangkok untuk acara sama dan turut bersua muka dengan selebriti-selebriti tempatan di sana.

Ia bukan kunjungan pertama Beckham ke Kuala Lumpur. Malah pernah hadir ke Pavilion pada tahun 2017.