ATLET lompat jauh kebangsaan, Abdul Latiff Romly menepati ramalan mempertahankan pingat emas acara lompat jauh lelaki dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, hari ini.
Latiff yang mengalami kecederaan di buku lali kaki kanannya seminggu sebelum bermulanya acara itu bagaimanapun gagal memperbaharui rekod Sukma yang masih lagi dipegang atlet Perak, Mohd Hazuan Zainal Abidin yang di lakar pada 2002 di Sabah dengan lompatan sejauh 7.55 meter (m).
Pada acara berkenaan, pemuda berasal dari Kampung Paya Kelubi, Arau itu melakukan lompatan terbaik 7.46m sekali gus menyumbang pingat emas keenam buat kontinjen Perlis.
Pingat perak diraih atlet Sabah, Andre Anura @ Anuar dengan lompatan 7.39m, ketinggalan 0.07m kepada Latiff manakala gangsa menjadi milik wakil Kedah, Muhamad Nazri Mustafa dengan lompatan 7.28m.
"Saya sedikit kecewa kerana tidak dapat memperbaharui rekod kejohanan memandangkan ini Sukma terakhir saya. Namun, saya mencapai sasaran kontinjen Perlis untuk menyumbang pingat emas.
"Saya kurang selesa ketika hendak melakukan lompatan kerana terganggu dengan kecederaan yang saya alami di buku lali, mungkin itu punca saya gagal untuk mencipta lompatan yang lebih tinggi. Pada lompatan terakhir, semasa mendarat, kaki saya sudah kembali rasa sakit dan 'cramp'," katanya kepada Bernama.
Selepas ini, Latiff, 21, akan terbang ke Indonesia bagi menyertai Sukan Para Asia 2018 di Jakarta dan menyasarkan untuk memecahkan rekod acara lompat tinggi T20 (masalah pembelajaran) yang kini dipegang atlet Jepun, Tetsunori Matsumoto dengan lompatan sejauh 6.13m.
"Saya akan fokus kepada Sukan Para Asia pula selepas ini dan berazam untuk memadamkan rekod terdahulu namun semuanya bergantung pada hari kejadian dan saya berharap saya tidak mengalami sebarang kecederaan ketika itu," katanya.
Untuk rekod, catatan terbaik peribadi Latiff adalah 7.85m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Terbuka Kuala Lumpur, Ogos lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
LATIFF: Saya sedikit kecewa kerana tidak dapat memperbaharui rekod kejohanan memandangkan ini Sukma terakhir saya.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Latiff pertahankan emas, gagal perbaharui rekod Sukma
Latiff yang mengalami kecederaan di buku lali kaki kanannya seminggu sebelum bermulanya acara itu bagaimanapun gagal memperbaharui rekod Sukma.