Pasukan kebangsaan Laos tiba semalam dalam suasana yakin bagi menghadapi naib juara Indonesia pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki 2012, Ahad ini.

Ketua jurulatihnya Kokichi Kimura berkata pasukannya tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang dengan semangat tinggi dan yakin untuk memburu slot ke separuh akhir.

"Pasukan ini berada dalam keadaan terbaik dan persaingan adalah sangat terbuka tahun ini....saya percaya pasukan saya bersedia untuk memburu kejayaan pada perlawanan pembukaan," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, ketua pasukan Visay Phaphouvanin berkata walaupun beliau tidak puas hati dengan persiapan pasukan itu namum beliau positif mereka akan menampilkan prestasi baik pada tahun ini.

"Kami akan memberikan yang terbaik walaupun setiap perlawanan dianggap sengit. Tidak ada perlawanan mudah," kata penyerang berusia 27 tahun itu.