Laluan alternatif akan disediakan pihak penganjur perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) sekiranya berlaku banjir ketika perlumbaan tersebut diadakan.
Edisi ke-18 yang akan berlangsung mulai 21 Feb hingga 2 Mac melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,427.6 kilometer.
"Pihak kami kini sedang mengkaji beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk melancarkan perlumbaan.
"Perlumbaan ini mengikut garis panduan daripada pihak UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) di mana jika laluan masih boleh dilalui, perlumbaan diteruskan di laluan yang sama atau setidak-tidaknya menjadikannya perlumbaan 'neutral'," kata Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL Emir Abdul Jalal di Ibu pejabat LTdL Khamis.
Menurut Emir selepas banjir surut di beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung sekarang ini, pihak logistik LTdL akan memantau laluan sekali lagi bagi mempastikan ia selamat untuk digunakan.
Kali terakhir pihak penganjur terpaksa mengubah perlumbaan ke laluan alternatif ialah pada 31 Jan, 2011 iaitu pada peringkat kesembilan perlumbaan dari Bandaraya Melaka ke Nilai, Negeri Sembilan.
Perlumbaan sejauh 151.7 kilometer itu terpaksa dipendekkan sebanyak 18.7 kilometer dengan laluan baru berikutan banjir di beberapa laluan asal antaranya Alor Gajah, Durian Tunggal, Linggi dan Rantau.
Akibatnya, zon pecutan di Linggi dan Rantau di kilometer 83.8 dan Mantin (134.7km) dan zon pendakian di Lenggeng tidak dapat dijalankan dan hanya dua zon pecutan diadakan di Sungai Udang dan Rembau.
Dalam perkembangan lain, Emir berkata perlumbaan LTdL 2013 akan tetap dijalankan sekiranya tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) jatuh pada tarikh yang sama dengan perlumbaan.
"PRU tidak akan menjejaskan perlumbaan LTdL. Kita akan tetap melangsungkannya.
Untuk rekod, sebelum ini terdapat dua acara sukan bertaraf antarabngsa yang tetap dijalankan walaupun ketika PRU diadakan.
Kedua-dua acara sukan berkenaan ialah Perlumbaan Grand Prix Formula 1 Malaysia pada 21 Mac, 2004 di Litar Sepang dan Kejohanan Golf Terbuka Malaysia pada 8 Mac, 2008 di Kota Permai Golf and Country Club, Kota Kemuning, Selangor.
Bernama
Thu Dec 27 2012
AWANI Ringkas: Keputusan rasmi PRK DUN Mahkota 10 malam ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Percubaan kelima berhasil, Ishiba bakal PM baharu Jepun
Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba bakal dilantik sebagai Perdana Menteri baharu selepas memenangi persaingan sengit dalam percubaan kelima dan terakhir untuk memimpin Parti Liberal Demokratik (LDP).
Bakal PM Jepun beri jaminan pastikan ekonomi negara kukuh
Bakal Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba mengakui tidak kisah untuk meneruskan dasar digerakkan kepimpinan semasa bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh.
GISB, anak syarikat tidak pernah bayar zakat - Lembaga Zakat Selangor
Walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISB, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISB dan anak syarikatnya.
Sektor pelancongan Chiang Mai terjejas akibat banjir
ektor pelancongan di Chiang Mai dan Chiang Rai di Thailand semakin terjejas akibat bencana banjir yang melanda wilayah itu di mana banjir yang dicetuskan oleh limpahan Sungai Ping di daerah Mueang, lebih buruk berbanding pada tahun 2011.
Hentikan Netanyahu heret Asia Barat dalam kancah perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mesti dihentikan daripada mengheret keseluruhan Asia Barat ke dalam kancah peperangan selepas menyerang Palestin dan Lubnan.
Australia kenakan sekatan ke atas peneroka ekstrem Israel
Berucap pada Perbahasan Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 di New York pada Jumaat, Wong berkata Australia berkongsi rasa kecewa dengan majoriti besar negara-negara lain.
Seru orang awam tinggalkan kediaman segera - IDF
Tentera Israel memaklumkan pada Jumaat akan menyerang kawasan di selatan Beirut dan menyeru orang awam untuk meninggalkan kawasan tersebut.
Prestasi ekonomi negara pengaruhi pengundi
Prestasi ekonomi negara, terutamanya pengukuhan nilai ringgit, memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan pengundi di DUN Mahkota sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.
Profesor Madya Dr Mazlan Ali dari Pusat Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia berkata, walaupun isu-isu tempatan tetap relevan, pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu nasional.
Profesor Madya Dr Mazlan Ali dari Pusat Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia berkata, walaupun isu-isu tempatan tetap relevan, pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu nasional.
PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah turut melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.
Banjir Kedah: Ibu, anak pulang dari beli sarapan dikhuatiri lemas
Menurut bomba, Salmah dan anaknya dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
Tiga lagi PPS ditutup, mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 609 orang
Tiga PPS yang ditutup adalah SMK Tunku Temenggung dan SK Ayer Puteh di daerah Pendang, serta SK Tualang di daerah Pokok Sena.
Lebih RM4 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut di Terengganu
Sebanyak RM4.2 juta diperuntuk bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu yang dijangka bermula bulan depan.
Jumlah mangsa di Kedah terus catat penurunan
Kesemua mangsa masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di empat daerah.
Mahasiswa perlu maklum kepada universiti jika terjejas banjir - Zambry
Setakat ini hanya mahasiswa yang mengundi pada PRK Mahkota diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat ke universiti awam masing-masing.
Banjir Kedah: 6,809 mangsa di 33 PPS pagi ini
Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 6,792 mangsa daripada 2,171 keluarga yang dilaporkan pada jam 12 tengah malam tadi.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Peruntukan hampir RM1 juta tahun ini untuk atasi banjir di Kluang
Peruntukan itu antara lain untuk kerja naik taraf benteng sungai, memulihkan saliran dan pemuliharaan tebing.
Latih amal, makluman kepada penduduk tindakan prabanjir - KP NADMA
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan latih amal secara berkala sebagai persiapan menghadapi bencana banjir dan memastikan pemindahan penduduk dilakukan secara sistematik.