PERCATURAN di Sepanyol menjadi saksi kepada rekod Robert Lewandowski, yang muncul sebagai pencetak gol hatrik ketika menentang Deportivo Alaves dalam aksi LaLiga di laman lawan, yang berkesudahan dengan kemenangan 3-0.

Barcelona, yang bertandang sebagai pelawat, membuka tirai jaringan dengan tandukkan tepat Lewandowski ke arah gawang gol Alaves untuk mendahului 1-0.

Satu lagi tambahan gol disempurnakan penyerang berusia 36 tahun itu hasil bantuan sayap kanan, Raphinha, untuk menjadikan situasi semakin tertekan buat tuan rumah selepas keputusan VAR tidak memihak mereka.

Masih di babak yang sama, sepakan tepat Lewandowski kemudian menemebusi gawang gol yang dijaga rapi Antonio Sivera untuk melengkapkan hatrik ketiganya sejak menyertai Barcelona.

Keputusan 3-0 itu menyaksikan Barcelona terus meluaskan dominasi selaku pendahulu liga dengan sembilan kemenangan dan hanya satu kekalahan.