PEMAIN tengah Villarreal, Alex Baena, telah membuat laporan polis selepas dia mendakwa diserang oleh pemain Real Madrid, Federico Valverde, selepas perlawanan LaLiga awal pagi semalam.
Pemain skuad B-21 Sepanyol itu dilaporkan terlibat dengan konfrontasi bersama Valverde selepas tamat perlawanan berkenaan.
Berdasarkan laporan akhbar sukan, AS, Baena telah ditumbuk oleh Valverde sewaktu dia sedang melihat telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan untuk menaiki bas pasukan Villarreal.
Baena beraksi sepenuh masa dalam perlawanan LaLiga di Santiago Bernabeu itu, di mana dia turut membantu jaringan lewat permainan Samuel Chukwueze untuk Villarreal menewaskan Madrid 3-2.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi, di mana Valverde tidak dinamakan dalam kenyataan itu, Villarreal mengesahkan penglibatan pihak polis terhadap insiden berkenaan dan berkata Baena akan mendapat sokongan sepenuhnya kelab itu.
Kelab itu berkata: "Pemain Villarreal CF, Alex Baena, telah diserang malam tadi sewaktu dia dalam perjalanan untuk menaiki bas pasukan selepas tamat perlawanan menentang Real Madrid CF di Stadium Santiago Bernabeu.
"Dengan mengalami situasi itu, pemain berkenaan telah memilih untuk mengemukakan laporan terhadap pelaku itu kepada pihak polis.
"Sekali lagi, Villarreal FC menolak sebarang kelakuan ganas dan berdiri teguh di belakang pemain kami terhadap insiden itu dan akan sentiasa menyokongnya sepanjang proses berkenaan." - Stadium Astro
Astro Arena
Mon Apr 10 2023
Pemain Villarreal Alex Baena dilihat menarik baju pemain Real Madrid Federico Valverde semasa perlawanan antara dua pasukan itu di Stadium Santiago Bernabeu. - Foto AP
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LaLiga: Baena buat laporan polis selepas diserang bintang Real Madrid, Valverde
Baena mendakwa ditumbuk oleh Valverde sewaktu dia sedang melihat telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan untuk menaiki bas pasukan.