GETAFE 2 ATLETICO 1

Hati Diego Simeone remuk dengan prestasi buruk Atletico Madrid selepas mereka mensia-siakan peluang mereka untuk merampas puncak LaLiga.

Atletico mengalami kekalahan lewat permainan 1-2 kepada Getafe -- yang memanfaatkan kad merah Angel Correa yang mengangkat tinggi kakinya selepas Alexander Sorloth memberi pendahuluan kepada pelawat menerusi sepakan penalti.

Getafe kemudian bangkit menerusi dua gol lewat permainan hasil sentuhan Mauro Arambarri tatkala Atletico tercari-cari penyudah jitu.

Atletico tidak tewas dalam 24 perlawanan liga sepanjang bertemu Getafe sebelum perlawanan ini, lantas menamatkan rentak tanpa kalah terpanjang dengan seteru tersebut.

“Perlawanan ini tidak menawarkan apa-apa, ia bukan perlawanan yang bagus untuk ditonton dan persembahan ia satu yang sangat teruk,” luahnya kepada DAZN.


“Dari sudut taktikal, setiap pasukan mencari apa yang paling sesuai untuk mereka.

"Kami tidak menemui apa yang kami cari kemudian sepakan penalti berlaku dan Angel dibuang padang dan peluang kami hilang, kami tidak mampu bangkit."