Lagenda bola sepak dunia dari Brazil Pele, yang dirawat di hospital selama tiga hari untuk infeksi air kencing mengeluarkan kenyataan menerusi media sosialnya pada hari Khamis dan berkata beliau dalam keadaan baik.
Pihak hospital Albert Einstein di Sao Paulo, berkata keadaan beliau semakin stabil dan lagenda bola itu menjalani pembedahan mengeluarkan batu karang.
Bertentangan dengan kenyataan hospital bahawa beliau berada di unit rawatan rapi, Pele - atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento - berkata beliau hanya berpindah ke bilik lain untuk privasi.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu anda bahawa saya dalam keadaan baik," kata Pele dalam mesej yang disiarkan dalam bahasa Inggeris di halaman Facebook beliau dan di Twitter (@Pele).
"Saya bersyukur kerana menerima kasih sayang dan sokongan anda, dan bersyukur kepada tuhan ini tidak begitu serius.
“Saya dipindahkan ke bilik lain untuk privasi sahaja. Walaupun saya hargai kehadian pelawat untuk berjumpa dengan saya, saya perlukan rawatan saya dan melalui proses pemulihan dengan tenang.
Pele berkata beliau akan menghabiskan cuti yang akan datang bersama keluarga dan mulakan 2015 "dengan kesihatan yang bagus," sambil menambah beliau banyak lawatan antarabangsa yang telah pun dirancang.
Ejen Pele, Jose Fornos berkata bahawa bintang itu keletihan selepas menerima terlalu banyak lawatan, dan menambah tempoh rawatan boleh mengambil masa sehingga lapan hari.
Pele melalui pembedahan mengeluarkan batu karang pada 13 November dan tampak sihat setelah dibenarkan keluar dua hari kemudian. Sambil melambai kepada para penyokong menerusi tingkap bilik hospitalnya, beliau sempat berjenaka dan berkata, “Saya sudah bersedia untuk main esok.”
Beliau terpaksa membatalkan penampilan di sebuat muzium di Santos pada 12 November setelah kelihatan tidak sihat.
Agensi
Fri Nov 28 2014
PRIVASI: Pele berpindah bilik kerana mahu melalui proses lawatan dengan tenang. - EPA/Thomas Eisenhuth
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
Selamat tinggal Maradona...
Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di kediamannya di Daerah Tigre, utara Buenos Aires, ibu negara Argentina.
Anuar Abu Bakar meninggal dunia
Bekas pemain kebangsaan dan lagenda bola sepak, Anuar Abu Bakar telah meninggal dunia malam Isnin, akibat kanser hati.
Lagenda bola sepak Pele dalam keadaan stabil
Lagenda bola sepak dunia dari Brazil Pele mengeluarkan kenyataan menerusi media sosialnya pada hari Khamis dan berkata beliau dalam keadaan baik.